Kreativiti Gabungkan Asam Pedas Dalam Pizza Bawa Mokky’s Raih Tempat Ketiga Pertandingan Antarabangsa

Tahniah Mr Mokky & team!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mokky's Pizza (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa kata pizza hanya sesuai dengan perisa klasik seperti pepperoni atau Hawaiian?

Seorang usahawan Malaysia membuktikan gabungan rasa tempatan juga mampu mencuri perhatian di pentas dunia apabila pizza berinspirasikan Asam Pedas berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan pizza bertaraf antarabangsa.

Pengasas Mokky's Pizza, Shahmi atau lebih dikenali sebagai Mr Mokky, mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam California Milk Pizza Competition (International) yang berlangsung di CIA Napa Valley, Amerika Syarikat.

Apa yang menjadikan penyertaannya lebih istimewa ialah konsep pizza yang menggabungkan cita rasa Malaysia dengan bahan premium dari California.

Pizza yang dipertandingkan membawa tema 'Beef Birria with Malaysian Flavour Meets California Artisan Cheese', namun diinspirasikan dengan rasa Asam Pedas yang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian di Facebook, Mokky's Pizza menyifatkan kejayaan tersebut sebagai detik yang cukup bermakna buat jenama tempatan itu

"Daripada Mokky's ke pentas antarabangsa, akhirnya berjaya berdiri di atas podium," tulisnya.

Menurut mereka, penyertaan itu bukan sekadar untuk mengejar kemenangan, malah membuka peluang mempelajari teknik baharu, membina rangkaian bersama penggiat industri kulinari dari seluruh dunia serta memperkenalkan kreativiti Malaysia di peringkat global.

"Pengalaman ini lebih daripada sekadar sebuah pertandingan. Ia merupakan peluang untuk belajar, berhubung dan mengetengahkan bakat Malaysia di pentas global," katanya lagi.

Kejayaan itu membuktikan makanan tempatan mampu diangkat ke tahap lebih tinggi apabila digabungkan dengan kreativiti serta inovasi moden tanpa menghilangkan identiti asalnya.

Dalam masa sama, Mokky's Pizza turut mengucapkan penghargaan kepada California Milk Advisory Board atas sokongan yang diberikan sepanjang pertandingan berlangsung.

Lihat perkongsian di bawah:

#

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via