Kreativiti Ibu Hasilkan Topi Merdeka Anak Raih Perhatian – “Kalah Takpa Yang Penting Effort”
Menang tanpa bertanding ni!
Cover image via @rosnymfz (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di laman Threads baru-baru ini, seorang wanita berkongsi hasil kreativitinya mencipta topi Merdeka untuk anaknya telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi perkongsian daripada @rosnymfz, difahamkan dia mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan topi tersebut.
"Hasil 3 hari buat topi Merdeka anak. Mak tak kreatif apa yang jadilah ek, menang kalah takpa yg penting effort," tulisnya.


Apa yang membuatkan ramai terpegun adalah, hasil topi Merdeka itu memang cantik!
Malah, ramai yang kagum kerana dia berjaya menghasilkan menara Merdeka 118.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji effort yang diberi oleh wanita itu demi memastikan anaknya perform di pertandingan sekolahnya.


Antara komen daripada netizen di laman Threads:



Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


