"Kuatnya Bau!" - Ini Petua Elak Kucing Kencing Merata & Hilangkan Bau Hancing
Kucing comel tapi bau kencing dia tak comel!
Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling disukai oleh orang ramai
Apa sahaja yang dibuatnya, pasti pencinta kucing akan rela menerimanya. Tetapi, ada satu perkara yang tidak akan digemari iaitu apabila kucing kencing merata-rata.
Tabiat ini mempunyai beberapa faktor, antaranya:
- Kucing bersedia untuk mengawan
- Pasir kucing terlalu kotor
- Pasir kucing beralih tempat
- Mempunyai penyakit seperti radang pundi kencing dan sebagainya
Disebabkan faktor ini yang membuatkan mereka kerap kencing merata-rata. Bila si bulus kerap kencing merata, mulalah tuan kucing akan rasa tertekan betul tak? Iyalah, sebenarnya bau hancing kucing lagi kuat dan susah untuk hilangkan.
Jadi, jom kita tengok beberapa petua untuk hilangkan bau kencing kucing. Tuan si bulus, take note ya!
1. Serai Wangi
Serai wangi adalah produk yang berasaskan serai. Sebenarnya, kegunaannya adalah untuk menghalau serangga perosak. Namun, bau serai wangi ini juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau kencing kucing. Sembur saja ditempat kucing anda kencing. Bau serai yang kuat itu dapat menghalang kucing dari kembali kencing di situ.
Klik link di sini : Shopee
2. Campuran cuka dengan Softener
Anda juga boleh menggunakan cuka sebagai alternatif yang lain. Tetapi campurkan cuka dengan softener. Bagaimana caranya?
Caranya mudah sahaja:
- Masukkan 7-10 titis cuka makanan.
- Masukkan 1/4 pelembut kain.
- Sedikit air (Anggaran penuh satu bekas spray).
3. Air rebusan lada hitam
Mesti pelik kan, boleh ke lada hitam hilangkan bau hancing kucing? Ya, lada hitam bukan saja untuk masakan tetapi air rebusannya juga boleh menghilangkan bau hancing kucing. Caranya mudah saja, masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam di dalam air rebusan. Kemudian, masukkan air lada hitam itu di dalam bekas dan sembur saja di kawasan yang berbau hancing.
4. Taburkan belerang (sulfur)
Kegunaan belerang biasanya dibawa ketika berkhemah. Belerang ini diguna untuk mengelakkan dari serangan haiwan berbisa. Tetapi tahukah anda, belerang ini juga boleh digunakan untuk menghapuskan bau kucing dan mengelakkan dari kucing kencing merata. Caranya mudah sahaja, hanya taburkan belerang di setiap penjuru rumah. Sifat belerang yang panas dan berbau itu dapat mengelakkan kucing kencing merata-rata.
Lepas ni tak adalah bau hancing di rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pencinta kucing :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!