Tersepit Di Pagar Automatik, 'Gate' Mungkin Akan Lumpuh Selama-Lamanya

"Menurut doktor, peluang untuk 'Gate' pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang" - Md Nazry Md Nassir

Akibat tersepit di antara pintu pagar rumah automatik, 30 Januari lalu, seekor kucing dinamakan 'Gate' berdepan risiko lumpuh kedua-dua kaki belakang

Rakaman video menyelamat kucing tersebut menjadi viral di laman sosial setelah dimuat naik olah seorang pengguna Facebook, Md Nazry Md Nassir, 33 pada 2 hari lalu.

Kejadian berlaku dalam jam kira-kira 3 petang di Taman Sri Baiduri, Seksyen 9, Shah Alam.

Video yang tersebar luas itu benar-benar menyayat hati sesiapa saja yang menontonnya kerana kucing terbiar dianggarkan berusia lebih setahun itu dipercayai tersepit antara ruang 2.5 sentimeter (cm) selama dua jam.

Image via Metro

Dalam laporan Metro semalam, Md Nazry memberitahu, dia takut melihat kucing itu yang dalam keadaan separuh mati

"Saya betul-betul rasa takut tengok kucing tu dalam keadaan separuh mati, tercungap-cungap sehingga terkencing, terberak di situ.

"Saya dan jiran-jiran sudah hubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tetapi mereka tak berani bantu kerana takut dikatakan menceroboh.

"Kami dah hubungi tuan rumah, tetapi dia balik lambat, jadi kami terpaksa buka jek hidraulik pintu pagar untuk selamatkan kucing itu," kata Md Nazry ketika dihubungi.

hmetro.com.my

Operasi menyelamat mengambil masa hampir 45 minit dan kucing itu segera dibawa ke Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk rawatan lanjut.

Image via Metro

Menurut doktor, peluang untuk 'Gate' pulih amat rendah kerana ia melibatkan tulang belakang dan doktor memberi ubat untuk merawat bengkak

Md Nazry berkata pihak hospital masih belum dapat buat imbasan X lagi kerana mesin di UPM rosak dan tempat lain masih tutup kerana cuti umum. Md Nazry yang juga memiliki lima ekor kucing berkata buat sementara ini, dia akan memelihara 'Gate' sehingga kucing itu sembuh.

"Kos rawatan di hospital UPM saya dah bayar, tetapi nanti saya bercadang untuk buka tabung perubatan Gate.

"Selepas semuanya baik, mungkin saya akan buka kepada mana-mana pihak yang mahu memeliharanya," katanya.

hmetro.com.my

Bagaimanapun, pagi tadi Md Nazry melalui akaun Facebook miliknya memberitahu bahawa sesuatu yang mengejutkan telah berlaku kepada 'Gate'

Tonton video menyayat hati tersebut di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment