Kucing Taylor Swift Disaman RM148 Juta?!
Olivia kepada Meredith: "Ha… ha… tak tahu…"
Cover image via SAYS.comKucing peliharaan Taylor Swift, Meredith bakal "disaman" oleh Taylor sendiri selepas ia telah mencakar kakinya sehingga luka semalam
Perkara itu segera menjadi bualan ramai apabila Taylor Swift, melalui Instagram menyatakan bahawa Meredith berhutang dengannya sebanyak $40 juta atau RM148 juta akibat kecederaan tersebut
Image via Instagram Taylor Swift
Kapsyen gambar cakaran itu berbunyi:
"Bagus, Meredith! Saya cuba untuk menyayangi awak tetapi sekarang awak hutang saya 40 juta USD."
Selepas gambar tersebut menjadi viral, orang ramai membuat andaian bahawa Taylor Swift telah meletakkan nilai yang sangat tinggi itu sebagai insurans ke atas kakinya. Biar betul?
Walau bagaimanapun, relaks! Post itu sebenarnya hanyalah gurauan semata-mata. Taylor sebenarnya tidaklah sekejam itu.
Taylor Swift memang cukup dikenali dengan sikapnya yang suka bergurau dan membuat lawak. Oleh kerana itu, ternyata berita itu tidak benar sama sekali.
Taylor Swift kemudian membuat lagi satu lawak jenaka berhubung cakaran yang diterimanya itu apabila dia meletakkan plaster tertulis "meOw"
Image via Instagram Taylor Swift
