seismik

Kursus Kahwin Banyak Borak Benda Lucah Daripada Perkara Lain, Individu Luah Rasa Kesal

Memang tak selesalah kalau macam ini.

Cover image via @ame3r_hakim (X) & Utusan (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, setiap bakal pengantin perlu mengikuti Kursus PraPerkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Negeri atau anjuran syarikat-syarikat yang dilantik oleh Jabatan Agama Negeri

Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (KPPI MBKPI) yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) hendaklah dikemukakan oleh pemohon semasa membuat permohonan Kebenaran Berkahwin.

Dalam kursus ini, pesert akan belanjar banyak perkara dan tanggungjawab dalam perkahwinan sebagai persediaan sebelum berumahtangga.

Namun, lain pula dengan perkongsian seorang individu yang meluahkan rasa kurang selesa dengan kursus perkahwinan yang dihadirinya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tak selesa penceramah kursus kahwin banyak buat lawak lucah

Menerusi perkongsian di laman X, pengguna akaun @ame3r_hakim meluahkan rasa tidak selesanya semasa dia menghadiri kursus perkahwinan di sebuah lokasi.

Menurutnya, penceramah kursus berkenaan banyak membuat lawak lucah dan lebih banyak bercakap soal persetubuhan berbanding perkara lain.

Malah tambahnya, ia sedikit sebanyak seperti telah mencemarkan maruah seorang wanita dan dia sebagai seorang lelaki malu mendengarnya.

"Dah 20 minit borak pasal persetubuhan je. Lawak double meaning. Tanya soalan-soalan mencemarkan maruah seorang wanita dekat peserta wanita.

"Setakat borak-borak lucah macam ni tak perlu caj aku sampai RM120. Segan aku duduk majlis ilmu macam ni sebab kotor semacam pengisiannya," luahnya.

Bagaimanapun, tinjauan ruang komen mendapati netizen turut berkongsi pandangan mereka mengenai isu itu

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menghadiri kursus kahwin di kawasan masing-masing.

"Alhamdulillah my place tak macam ni. Memang betul-betul bagi ilmu. Pasal ta’liq, financial, semua dorang sentuh. Buat lawak tapi tak ada langsung selit lawak lucah,"kata seorang netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga ramai mencadangkan agar penceramah lebih menjaga adab dan mendalami betul-betul ilmu yang hendak disampaikan.

"Kadang kebanyakan penceramah kursus kahwin ni bukan semuanya pengajar bertauliah kitab dan pernah mendalami kitab secara beradab pun, tu yang tak segan buat lawak lucah lah apa lah, aku lagi rela masuk kursus kahwin yang tegas judge bagi peringatan pasal jangan buat hubungan haram," kata seorang lagi netizen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: