Brand Ini Angkat DS Najib Razak Jadi Duta Kurta 'MaluAperrr Bossku'. Bukan Bishe Bishe!
Difahamkan kurta 'MaluAperrr Bossku' (MAB) akan mula dipasarkan sempena Hari Raya pada tahun ini.
Tidak dapat dinafikan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang ini sangat aktif di dalam laman sosial
Meskipun ada yang mengkritik perlakuan beliau itu, namun tidak dapat dinafikan juga ramai yang menyukainya kerana merasakan DS Najib kini lebih mudah didekati oleh masyarakat.
Melalui satu wawancara yang dilakukan pada tahun lalu, DS Najib Razak menyatakan bahawa posting 'troll' yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasminya adalah ciptaannya dan sebenarnya merupakan mesej yang ingin disampaikan beliau kepada rakyat.
Lihat video penuh wawancara itu di bawah:
Bukan setakat itu sahaja, selain dipanggil 'Raja Troll', kini DS Najib Razak turut bergelar duta bagi pakaian kurta
Menerusi laman Instagram milik Ron Kamisan, dapat dilihat beberapa gambar bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan tagline "Malu apa Bossku" dan "Bukan Bishee Bishee" itu menggayakan kurta.
Menamakan kurta tersebut sebagai kurta 'MaluAperrr Bossku' (MAB), difahamkan ianya akan mula dipasarkan sempena Hari Raya pada tahun ini.
Selain itu, kurta MAB ini juga direka dengan bentuk rekaan terkini dan mudah untuk mengambil air wudhuk. Terdapat 7 warna menarik dan diperagakan sendiri oleh DS Najib Razak!
Ternyata sebenarnya ramai yang suka melihat DS Najib menjadi model kurta ini
Rata-rata warganet kagum dengan sikap sporting beliau di samping memuji caranya membantu mempromosikan produk anak tempatan.
Lihat antara komen menarik dari warganet: