KUSKOP & Planworth Jalin Kerjasama, Perkasa Pembiayaan PMKS Menerusi Inovasi Digital

Majlis berkenaan turut menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Planworth bersama BUMITRA, PAPA dan CDC International Sdn. Bhd.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Planworth

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Datuk Mohamad Alamin, menghadiri Sesi Libat Urus Pembiayaan & Pertumbuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berlangsung di pejabat korporat Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. ("Planworth"), Menara Avenue baru-baru ini

Sesi yang menghimpunkan wakil PMKS, persatuan industri, serta rakan strategik itu memberi ruang kepada YB Timbalan Menteri untuk mendengar secara langsung cabaran sebenar yang dihadapi usahawan. Antara isu utama yang dibincangkan merangkumi akses pembiayaan, modal kerja, pelaksanaan kontrak, pengurusan aliran tunai dan pertumbuhan perniagaan.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri turut menyempurnakan pelancaran Platform Digital Baharu Pembiayaan Rantaian Bekalan Planworth. Inisiatif pendigitalan ini menghubungkan pembeli (Kerajaan, GLC, atau syarikat swasta), penjual (vendor PMKS) dan pembiaya dalam satu ekosistem bersepadu.

Melalui platform ini, proses permohonan, pengesahan dokumen, penilaian pembiayaan, kelulusan, penyaluran, serta pemantauan status dapat diurus dengan lebih tersusun dan cekap, selari dengan agenda pendigitalan Kerajaan dan KUSKOP.

YB Datuk Mohamad Alamin berkata, "Kerajaan sentiasa komited untuk meluaskan akses pembiayaan kepada PMKS melalui pelbagai kemudahan dan program yang disediakan oleh agensi seperti SME Bank, SME Corp. Malaysia, TEKUN Nasional, TERAJU dan MARA. Pada masa yang sama, penglibatan sektor swasta dapat melengkapi usaha ini dengan memperluas pilihan pembiayaan kepada usahawan, seterusnya menyokong pertumbuhan perniagaan mereka."

SAYS.com
Image via Planworth

Sehingga kini, Planworth telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM4 bilion dan menyokong nilai kontrak yang menghampiri RM6 bilion

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Planworth, Dato' Kuek Andy, PBM, menegaskan bahawa Planworth memposisikan dirinya bukan sebagai pesaing, tetapi sebagai pelengkap kepada agensi pembiayaan Kerajaan dan institusi perbankan sedia ada.

"Matlamat kami adalah untuk memperluas pilihan pembiayaan kepada usahawan bagi menyokong keperluan modal kerja, pelaksanaan kontrak, dan pertumbuhan perniagaan. Objektif kami adalah untuk membantu lebih banyak PMKS berjaya, mempercepatkan perkembangan perniagaan mereka, seterusnya mewujudkan lebih banyak nilai, peluang ekonomi, serta kemakmuran bersama," kata Dato' Kuek Andy.

SAYS.com
Image via Planworth

Sehingga kini, Planworth sebagai peneraju pembiayaan alternatif terbesar di Malaysia telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM4 bilion serta menyokong nilai kontrak yang menghampiri RM6 bilion. Bagi tahun 2026 sahaja, Planworth memperuntukkan RM1 bilion untuk terus menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Planworth bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) dan CDC International Sdn. Bhd. Kerjasama ini bertujuan memperluas akses pembiayaan serta menyokong pertumbuhan ahli-ahli persatuan terbabit.

Selain itu, YB Timbalan Menteri turut merasmikan pejabat korporat baharu Planworth seluas kira-kira 18,000 kaki persegi di Kuala Lumpur yang melibatkan pelaburan sekitar RM20 juta bagi pemerolehan dan kerja-kerja pengubahsuaian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: