seismik

KWC Fashion Wholesale Tampil Koleksi Baju Raya Paling ONZ Tahun Ini - "Lip Lap Ria Raya"

Tunggu apa lagi? Jom Lip Lap Ria Raya di KWC Fashion Wholesale!

Cover image via KWC Fashion Wholesale

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh KWC Fashion Wholesale.

Korang dah ready ke belum nak sambut raya tahun ini?

Kalau tengah cari baju raya yang trendy, harga berpatutan, dan sesuai untuk seisi keluarga, jangan pening kepala! KWC Fashion Wholesale tempat paling best untuk shopping habis-habisan tahun ini.

Dengan koleksi baju Raya moden dan tradisional, pastinya ada sesuatu untuk semua orang. Dari kanak-kanak sampai ke dewasa!

Nak cari colour baju raya yang hot tahun ni? Mestilah ada!

Dari kiri; 1. Kurung Kedah Lilac, Baju Kebaya Pendek (Harry Collection, Lot 3A-06), 2. Mini Kaftan Batik & Pario (Ebnara, Lot 3A-65), 3. Baju Kebarung Brocade & Selendang Organza (Harry Collection, Lot 3A-06), 4. Baju Kurung Modern (Sekali Lafaz, Lot 3A-39), 5. Abaya Chiffon Mustard (Isra Couture Ent, Lot 3A-88), 6. Abaya Kristal (FA Fatima Abayat, Lot G-13A), 7. Baju Kurung Modern Biru (Sekali Lafaz, Lot 3A-39) dan Selendang Organza (Harry Collection, Lot 3a-06).

Image via KWC Fashion Wholesale

Tahun ini, KWC Fashion Wholesale bawakan trend baju Raya yang pastinya akan buat korang terpukau. 

Dari warna yang trending hingga potongan pakaian yang lebih moden, semuanya ada di sini! Antaranya:

  • Pastel lembut: Baby blue, lilac, peachy pink – sweet habis!
  • Warna bold: Burgundy, magenta, golden olive, satin rich brown – nampak classy & mewah
  • Warna evergreen: Emerald green, royal blue, hitam & putih – tak pernah out of style!

Ada pelbagai jenis fesyen untuk wanita dan lelaki

Tahun ini, fesyen wanita di KWC Fashion Wholesale mengetengahkan keselesaan tanpa mengabaikan elemen elegan. Baju kurung moden hadir dengan potongan yang lebih longgar tetapi tetap nampak eksklusif dengan penggunaan fabrik berkualiti tinggi seperti songket, renda lembut, dan rekaan 3D floral.

Untuk mereka yang menggemari gaya klasik, kebaya dan kebarung diberikan nafas baru dengan sentuhan moden yang lebih versatile. Tidak ketinggalan, abaya berhias rhinestone dan beads untuk mereka yang sukakan gaya anggun dan mewah.

Koleksi tudung dan selendang crochet yang simple tetapi tetap elegan juga menjadi pilihan ramai, sesuai untuk dipadankan dengan apa jua gaya Raya korang!

Dari kiri; 1. Baju Kebarung, Kurta Jalur dan Baju Kebaya Sulam Hitam (Harry Collection, Lot 3A-06) 2. Baju Mini Kurung Jingga (FFC, Lot 1-19), 3. Kemeja Batik (Ain International, Lot 3A-26), 4. Baju Mini Kurung (Butik Oma, Lot 1-22), 5. Baju Kurung Modern Biru (Sekali Lafaz, Lot 3A-39), 6. Baju Kebaya Labuh Biru (Harry Collection, Lot 3A-06), 7. Kurta Merah ( Seri Maharani, Lot 1-91) dan Kain Pelikat (Aelinn Enterprise, Lot 3-33A)

Image via KWC Fashion Wholesale

Untuk lelaki pula, gaya kemas dan maskulin menjadi taruhan di KWC Fashion Wholesale tahun ini. Baju Melayu dan kurta hadir dengan potongan slim fit yang memberi tampilan lebih moden dan segar.

Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai koleksi batik dengan corak menarik! Dari batik tradisional Malaysia hingga batik kontemporari yang diinspirasikan dari Indonesia. 

Untuk melengkapkan gaya Raya, pilihan samping dan songkok yang eksklusif turut tersedia dan menjadikan penampilan lebih klasik tetapi tetap relevan dengan trend masa kini.

Bukan itu saja, keperluan ibadah untuk Ramadan & Syawal pun ada tau!

Dari kiri; 1. Telekung renda (merah jambu) , tas telekung, telekung sulam kanak-kanak dan telekung renda (kelabu), (Telekung Nurjannah, Lot 2-58) 2. Tasbih kristal, tasbih kayu, tasbih digital dan sejadah (Bazaar Arab, Lot 1-16), 3. Kurta dewasa dan kopiah (FA Fatimah Abayat, Lot G-13), 4. Jubah kanak-kanak (Elda, Lot 1-41), Rida (FA Fatimah Abayat, Lot G-13). 5. Kedai kelengkapan peralatan solat dan sunnah (Bazaar Arab, Lot 1-16)

Image via KWC Fashion Wholesale

Menjelang Ramadan dan Syawal, keperluan ibadah menjadi salah satu aspek penting dalam persiapan. 

KWC Fashion Wholesale bukan sahaja menyediakan pakaian Raya, tetapi juga pelbagai pilihan kelengkapan ibadah yang berkualiti untuk memastikan pengalaman beribadah lebih selesa dan bermakna.

  • Telekung: Diperbuat daripada material cotton, satin dan waterproof dengan rekaan lace yang eksklusif, sesuai untuk kegunaan harian dan travel.
  • Sejadah, jubah & abaya: Pilihan pelbagai reka bentuk dan warna, dari yang minimalis hingga yang mewah.
  • Bukhoor, tasbih & Al-Quran: Sesuai sebagai persiapan ibadah atau hadiah istimewa untuk orang tersayang.
  • Set Ramadan: Mengandungi pelbagai keperluan seperti kurma, madu dan makanan sunnah untuk mengekalkan tenaga sepanjang puasa.

Shopping sakan, dapat ganjaran!

Bukan setakat koleksi Raya yang padu, KWC Fashion Wholesale juga ada pelbagai aktiviti menarik untuk korang sepanjang Mac ini! 

Korang boleh mula shop dan redeem di KWC dan dapatkan hadiah eksklusif seperti set dinnerware dan sampul Raya khas untuk korang! 

Lagi banyak korang shopping, lagi banyak ganjaran yang boleh dapat!

Tak cukup dengan itu, ada pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat sambil-sambil shopping raya di KWC ini!

1. Karnival Ramadan (2 – 30 Mac 2025)

Nikmati pelbagai juadah tempatan seperti nasi dagang, nasi kerabu, roti john, takoyaki, kuih-muih, dan banyak lagi! Buka dari 3 petang hinggan 8 malam setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

2. Sinar Ramadan CSR Program (18 Mac 2025, 3PM)

Sebagai tanda kasih sayang kepada komuniti, KWC akan mengedarkan bubur lambuk bersama Iltizam Relief & Persatuan Penduduk Sri Selangor. Yang paling best, Sharifah Shahirah pun ada!

3. Jumpa Selebriti Kegemaran Korang!

KWC Fashion Wholesale bukan sekadar tempat shopping, tapi juga hiburan! Nikmati persembahan artis popular ini:

  • 9 Mac, 2PM: Iskandar Projector
  • 16 Mac, 2PM: Ani Mayuni
  • 18 Mac, 2PM: The Nasyid Band “Saujana”
  • 23 Mac, 2PM: Aisha Retno

Tunggu apa lagi? Jom Lip Lap Ria Raya di KWC Fashion Wholesale!

Dah tak ada alasan untuk last-minute shopping! Semua koleksi baju Raya, keperluan Ramadan, dan event hiburan ada di sini.

Jom serbu KWC Fashion Wholesale sekarang dan jangan lupa follow KWC di Facebook dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang KWC Fashion Wholesale!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik