seismik

Carta 'Belanjawanku' Ini Boleh Bantu Anda Urus Kewangan & Capai Standard Hidup Lebih Baik

Semoga kewangan tidak 'bocor' lagi. :)

Cover image via BERNAMA | KWSP

Semalam, kerajaan melancarkan Panduan Belanjawanku bagi memudahkan orang ramai memahami corak perbelanjaan dan penggunaan isi rumah yang mungkin kompleks

Image via The Sun Daily

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, panduan ini mampu meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia, pada masa yang sama turut menekankan kepentingan terhadap kemahiran pengurusan kewangan peribadi.

Beliau berkata, kadar celik kewangan yang rendah antara faktor menyumbang kepada tahap hutang tinggi serta masalah bankrap yang membimbangkan dalam kalangan belia.

Statistik menunjukkan sejak 2013 hingga 2017, seramai 100,610 rakyat Malaysia diisytihar muflis dan 60 peratus daripada mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun

“Bukan saja golongan belia yang menghadapi cabaran kewangan yang serius, malah bakal pesara juga perlu mengambil berat tentang rancangan perbelanjaan mereka.

Belanjawanku ini boleh membantu kita memahami kuasa membeli serta permarkahan kredit peribadi dengan mendalam. Bagi pembuat dasar pula, ia boleh dijadikan panduan untuk mengkaji garis kemiskinan sambil mereka mekanisme bantuan pendapatan bagi membantu golongan yang memerlukan,” kata Lim Guan Eng lagi.

Image via KWSP

Apakah itu Belanjawanku?

Belanjawanku adalah panduan yang menunjukkan perbelanjaan minimum bulanan atas setiap kategori barangan dan perkhidmatan untuk pelbagai isi rumah di Malaysia. Belanjawanku boleh digunakan untuk merancang perbelanjaan peribadi dan keluarga bagi mencapai taraf hidup yang baik.

Ia berdasarkan pola perbelanjaan sebenar barangan dan perkhidmatan oleh isi rumah di Lembah Klang.

Image via KWSP

6 Kategori Isi Rumah

  1. Bujang (Pengguna Kenderaan Awam)
  2. Bujang (Pemilik Kereta)
  3. Pasangan Berkahwin (Tiada Anak)
  4. Pasangan Berkahwin (Seorang Anak)
  5. Pasangan Berkahwin (Dua Orang Anak)
  6. Pasangan Warga Emas

Image via KWSP

10 Kategori Perbelanjaan Bulanan

  1. Makanan 
  2. Tempat Tinggal
  3. Kesihatan
  4. Pengangkutan
  5. Utiliti
  6. Penjagaan Anak
  7. Perbelanjaan Pilihan
  8. Penjagaan Diri
  9. Perbelanjaan Tahunan
  10. Penglibatan Sosial

Image via KWSP

Merujuk kepada Panduan Belanjawanku, ini merupakan jumlah wang bulanan bagi individu dalam setiap kategori perlukan:

1. Bujang (Pengguna Kenderaan Awam)

Image via KWSP

2. Bujang (Pemilik Kereta)

Image via KWSP

3. Pasangan Berkahwin (Tiada Anak)

Image via KWSP

4. Pasangan Berkahwin (Seorang Anak)

Image via KWSP

5. Pasangan Berkahwin (Dua Orang Anak)

Image via KWSP

6. Pasangan Warga Emas

Image via KWSP

Apa-apa pun, Belanjawanku ini hanyalah sekadar panduan bagi membantu rakyat menguruskan kewangan dan mencapai standard hidup yang lebih baik

Image via KWSP

Kerajaan mengharapkan supaya rakyat Malaysia lebih celik tentang pengurusan kewangan dan dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam masalah kewangan yang lebih besar.

Semuanya bermula dengan asas dalam perancangan kewangan peribadi dan keluarga yang lebih sihat.

Sumber: KWSP | Harian Metro

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak lebih lagi tips urus duit? LIHAT SINI:

You may be interested in: