Lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza, 'Anta Permana' Jadi Pilihan Raja Charles III Di Apple Music
Dato' Sri Siti mendunia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lagu popular biduanita negara, Anta Permana yang dinyanyikan Dato' Sri Seri Siti Nurhaliza dilaporkan menjadi salah satu lagu pilihan Raja Britain, Raja Charles III
Menerusi hantaran di media sosial The Royal Family, difahamkan, lagu ikonik itu berada dalam senarai lagu kegemaran baginda sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.
"Saya ingin berkongsi dengan anda lagu-lagu yang telah membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Lagu-lagu ini merangkumi pelbagai gaya dan budaya yang berbeza.
"Namun, seperti keluarga negara-negara Komanwel yang makmur, mereka, dalam cara yang tersendiri, berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan, dalam segala keindahan dan keharmonian beragama," ujar Raja Charles III.
Senarai lagu pilihan dikumpulkan khas di platform Apple Music
Dalam pada itu, senarai lagu-lagu pilihan Baginda akan dikumpulkan khas di platform Apple Music dengan tajuk His Majesty King Charles III’s Playlist. Ia sekali gus menampilkan gabungan muzik dari seluruh dunia.
Tidak hanya Siti Nurhaliza, kompilasi itu turut menampilkan selebriti antarabangsa terkenal yang lain.
Berikut ialah senarai playlist penuh pilihan baginda:
- Bob Marley & The Wailers – Could You Be Loved
- Millie Small – My Boy Lollipop
- Kylie Minogue – The Loco-Motion
- Al Bowlly – The Very Thought of You
- Grace Jones – La Vie En Rose
- Raye – Love Me Again
- Daddy Lumba – Mpempem Do Me
- Davido – Kante (feat Fave)
- Miriam Makeba – The Click Song
- Jools Holland & Ruby Turner – My Country Man
- Anoushka Shankar – Indian Summer
- Siti Nurhaliza – Anta Permana
- Dame Kiri Te Kanawa – E Te Iwi E (Call to the People)
- Michael Buble – Haven’t Met You Yet
- Arrow – Hot Hot Hot
- Beyonce – Crazy in Love (feat Jay-Z)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!