Lalamove, Hope Selangor Tampil Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Yang Terjejas
Barangan runcit itu telah disampaikan kepada keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di sekitar Semenanjung Malaysia.
Umum sedia maklum, tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) bermaksud kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membantu dalam kebajikan dan memberikan kebaikan kepada masyarakat dan juga kepada organisasi
Tidak terkecuali, Lalamove turut serta menyokong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal dengan menyampaikan barangan keperluan kepada mangsa banjir di sekitar Semenanjung Malaysia baru-baru ini melalui program inisiatif mereka iaitu Deliver Care.
Sebagai rekod, program Deliver Care dilancarkan pada tahun 2020 dengan tujuan untuk memperkasakan komuniti tempatan dengan membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.
Melalui program ini, Lalamove menyediakan penghantaran percuma untuk barangan keperluan kepada golongan yang memerlukan semasa pandemik Covid-19.
Kali ini, Lalamove bekerjasama dengan NGO Hope Selangor untuk menyampaikan barangan runcit kepada keluarga di beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kilat.
"Kami mengambil inspirasi daripada usaha dan dedikasi wira-wira yang bertungkus lumus berkhidmat kepada masyarakat pada waktu yang mencabar," kata Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia.
"Apabila kami mendapat tahu tentang misi Hope Selangor untuk meringankan beban komuniti yang terkesan dengan banjir, kami memutuskan untuk memberi sumbangan dengan program Deliver Care kami.
"Melalui program ini, kami boleh menggunakan kekuatan dan rangkaian kukuh kami dalam industri penghantaran pantas untuk menghantar barangan penting kepada golongan yang terkesan bagi pihak NGO dan inisiatif kemanusiaan. Itulah semangat sebenar Deliver Care," tambah Jane.
Lalamove menawarkan penghantaran Jarak Jauh yang dapat membawa perubahan positif komuniti ke serata Semenanjung Malaysia
Barangan keperluan dan runcit yang disediakan oleh Hope Selangor terus dihantar kepada keluarga mangsa banjir yang terjejas melalui lori penghantaran Lalamove.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan Lalamove tidak seperti syarikat-syarikat perkhidmatan penghantaran barang yang lain. Ini adalah kerana Lalamove mempunyai pilihan kenderaan yang lengkap, iaitu motosikal, kereta, van, lori dan kereta pacuan empat roda (4×4).
Dengan Lalamove, para pelanggan dapat memilih kenderaan yang sesuai dengan keperluan penghantaran mereka. Tak kira penghantaran bersaiz kecil seperti makanan, ubat-ubatan, bungkusan sehingga ke barangan gudang atau borong untuk para peniaga kecil atau besar, Lalamove boleh menghantar ke mana sahaja yang pelanggan inginkan.
Lalamove menawarkan perkhidmatan penghantaran Jarak Jauh yang membolehkan pelanggan membuat penghantaran hari-sama dari Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia.
Cara untuk membuat penghantaran Lalamove pula sememangnya mudah. Muat turun sahaja aplikasi Lalamove di App Store atau Google Play Store dan daftar maklumat anda.
Kemudian, pilih penghantaran Tempatan atau Jarak Jauh, masukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, pilih jenis kenderaan yang bersesuaian dengan saiz barang, bayar dan pesanan diproses. Pembayaran turut boleh dilakukan melalui atas talian.
Bukan itu saja, penggunaan aplikasi Lalamove sangat mudah untuk pelanggan melakukan proses penghantaran dan menyemak status penghantaran melalui kod yang diberi untuk setiap pesanan.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Deliver Care daripada Lalamove, anda boleh saja klik di sini atau layari https://www.lalamove.com/ms-my/deliver-care.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!