Larian Mengkuang Madani Nature Run 2.0 Semarakkan Gaya Hidup Sihat & Perpaduan Masyarakat

Masjid al-Izzah jadi lokasi larian komuniti dan bicara perpaduan Simfoni Dakwah 2026.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menyertai Larian Bersama Komuniti – Mengkuang Madani Nature Run 2.0 yang berlangsung baru-baru ini di Masjid al-Izzah, Bukit Mertajam sempena Program Simfoni Dakwah: Sebarkan Salam, sekali gus mengangkat kepentingan amalan gaya hidup sihat dan pengukuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum

Dr. Zulkifli berkata, program seumpama ini membuktikan bahawa aktiviti riadah mampu menjadi medium berkesan untuk menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan budaya.

Menurut beliau, kehadiran peserta daripada pelbagai bangsa yang berlari bersama-sama mencerminkan semangat keharmonian yang menjadi kekuatan Malaysia serta selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

"Melihat peserta daripada pelbagai kaum berlari sebelah-menyebelah merupakan satu gambaran indah tentang perpaduan negara kita. Islam menggalakkan umatnya menjaga kesihatan fizikal di samping memupuk ukhuwah, saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Program seperti ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi ruang memperkukuh silaturahim dan menyebarkan nilai-nilai kebaikan dalam masyarakat," katanya.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Bicara perpaduan dan riadah komuniti

Selepas larian selesai, program diteruskan dengan Bicara Perpaduan yang memberi penekanan kepada kepentingan memelihara keharmonian dan semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Suasana rekreasi komuniti itu turut dimeriahkan dengan slot cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta, sekali gus melengkapkan pengisian program yang menggabungkan elemen riadah, ilmu dan kebersamaan komuniti.

Dr. Zulkifli berharap lebih banyak program berteraskan komuniti seperti ini dapat diperluaskan di seluruh negara sebagai platform untuk membudayakan kehidupan sihat, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat dakwah yang mendekati masyarakat.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk terus menyebarkan salam, memperbanyakkan amalan kebaikan dan membina jaringan ukhuwah demi kesejahteraan ummah serta kemakmuran negara.

SAYS.com
Image via YB Senator Dr. Zulkifli HasanImage via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik