LBS Meterai Perjanjian Bersama MYDIN, Bawa Kemudahan Runcit Ke KITA @ Cybersouth
Menerusi kerjasama strategik ini, MYDIN bakal beroperasi sebagai pasar raya pertama di perbandaran berkenaan.
Cover image via LBS Bina GroupFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
LBS Bina Group Berhad (LBS) secara rasmi memperkukuh landskap komersial dan peruncitan di perbandaran utama KITA @ Cybersouth menerusi pemeteraian Perjanjian Penyewaan bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)
Menerusi kerjasama strategik ini, MYDIN bakal beroperasi sebagai pasar raya pertama di perbandaran berkenaan. Kehadiran gergasi peruncit berstatus halal itu bertujuan menyediakan kemudahan akses barangan keperluan harian yang lebih dekat, berpatutan, dan selesa buat komuniti setempat yang sedang berkembang pesat.
Majlis menandatangani perjanjian rasmi tersebut telah disempurnakan pada 5 September 2026 di Galeri Jualan LBS, KITA @ Cybersouth, bersempena dengan acara KITA Merdeka. Dokumen perjanjian ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Datuk Wira Lim Hock Guan, serta Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin.
Sesi berkenaan turut disaksikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato' Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Tuan Ahimmat Mydin.

Cawangan MYDIN baharu ini akan mendiami tapak seluas 1.37 ekar dengan keluasan binaan 24,000 kaki persegi
Tan Sri Dato' Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San menyatakan bahawa kehadiran MYDIN merupakan langkah penting dalam mewujudkan perbandaran bersepadu yang lebih lengkap dan mesra penduduk. Sementara itu, Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin menegaskan pembukaan cawangan ini mencerminkan keyakinan MYDIN terhadap potensi besar Cybersouth yang menjadi pilihan kediaman golongan keluarga muda.
Dibangunkan di atas kawasan Rizab Melayu seluas 633 ekar, KITA @ Cybersouth dianggarkan bakal menempatkan sekitar 67,000 penduduk dengan demografi utama 63 peratus pembeli berusia 40 tahun ke bawah. Daripada sasaran 16,000 unit kediaman, sebanyak 40 peratus telah siap dibangunkan, 5 peratus dalam pembinaan, dan baki 55 peratus masih dalam peringkat perancangan.
Cawangan MYDIN baharu ini akan mendiami tapak seluas 1.37 ekar dengan keluasan binaan 24,000 kaki persegi. Ia sekali gus melengkapi pembangunan komersial KITA Avenue Square yang kini sedang dalam pembinaan dengan penawaran harga bermula daripada RM1,399,000.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


