seismik

Lebih 10k 'Retweets', Gadis Ini Kongsi Resipi Flat Brownies Yang Akan Buat Korang Terliur!

Mudah dan menjimatkan!

Cover image via Twitter @aniesanisa

Raya tak lama lagi! Ada lagi tak persediaan yang nak ditambah? Biasanya kuih Raya bolehlah dipelbagaikan lagi. Maklumlah Raya kan sebulan.

Kalau nak beli kuih Raya memang banyak duit nak kena guna. Apa kata anda yang tidak bekerja atau tengah cuti semester ni buat sendiri kuih Raya di rumah. Lebih jimat dan boleh experiment resipi kuih Raya tersendiri.

Kalau tak tahu nak buat kuih apa, boleh ikuti perkongsian seorang gadis di laman Twitter iaitu Aniesanisa. Beliau telah berkongsi resipi untuk Flat Brownies. Nampak mudah je, jom try?

Baca perkongsian penuh di bawah:

Pertama, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Flat Brownies ini

Seterusnya ikuti tips di bawah:

Masukkan bahan 1, 2 dan 3 untuk dipanaskan sehingga cair. Boleh refer balik di gambar pertama ya.

Image via Twitter @aniesanisa

Langkah seterusnya masukkan telur, gula perang dan esen vanila ke dalam satu bekas dan gaul sekali dengan bahan yang telah dipanaskan tadi

Kemudian ayak tepung gandum, baking powder dan tepung beras dalam satu bekas yang telah digaul dengan semua bahan di atas tadi

Semua bahan yang telah dicampur dan digaulkan akan menghasilkan warna dan texture seperti di bawah:

Seterusnya, anda boleh pilih bentuk dan cara bagaimana yang anda suka mengikut cita rasa masing-masing

Pilihan gambar pertama.

Image via Twitter @aniesanisa

Pilihan gambar kedua.

Image via Twitter @aniesanisa

Untuk step yang terakhir, bakar semua adunan tadi dengan suhu yang sesuai iaitu 150-160 C selama 20 hingga 25 minit

Coklat chip diletakkan sebelum dibakar.

Image via Twitter @aniesanisa

Coklat spread diletakkan selepas dibakar.

Image via Twitter @aniesanisa

Hasilnya memang sangat memuaskan hati. Bukan selalu jumpa kuih Raya Flat Brownies ni di mana-mana. Buat sendiri lagi senang dan menjimatkan! :)

Senang bukan? Tidak serumit yang disangka pun. Cubalah nanti! :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak cuba kuih Raya yang lain? Ikuti resipi di bawah:

You may be interested in: