seismik

Lebih 14k 'Shares', Gadis Ini Kongsi Tips Paling Efektif Naikkan Berat Badan Dalam 1 Bulan

Sesuai untuk anda yang jenis memilih makanan dan susah untuk naik berat badan.

Cover image via Siti Shairah / Facebook

Ada sesetengah individu yang tak kisahlah makan sebanyak mana sekali pun, mesti susah untuk naik berat. Maintain je berat tu walaupun dah makan makanan yang berlemak dan sebagainya.

Punca sebenar untuk masalah seperti ini adalah contohnya tidak mengambil sarapan pagi, suka skip makan, makan dalam kuantiti yang sedikit, makan terlalu perlahan, terlalu banyak minum air kosong, kurang zat dalam badan dan banyak lagi.

Oleh itu, seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Shairah telah berkongsi tentang tips yang paling efektif dan sesuai untuk individu yang sedang mengalami masalah seperti ini dan tidak tahu cara untuk mengatasinya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Cara terbaik untuk menaikkan berat badan:

Tips: How to gain weight!

BEFORE START:

- Berat: 48.5kg
- Tinggi: 165cm
- Problem with food: Tak suka susu, kekacang, & cheese. And selera kurang.
- My concern: BMI underweight cause i tinggi.

So after make research about food to gain weight, dapatkan nasihat doc, & i decide to make timetable, easy tips with target. Doing this just to try & lets see the result!
Target: 58kg max for me (ideal weight is 50-66kg)

Antara makanan yg menaikkan berat adalah yg makanan yg i senarai diatas yg i tak suka. But i need to do something, cause i'm underweight! So i start the next day!

Ini merupakan lima tips paling efektif untuk anda yang ingin mencuba untuk naikkan berat badan dalam masa sebulan:

1. SUSU FULLCREAM

Pagi & malam wajib minum susu atleast 1 gelas (sbb tak suka paksa juga). Full cream cause tinggi protein & kibo. Berbeza dgn low fat & yang ada flavour macam choc. I minum brand Dutchlady.

2. VITAMIN C

Makan vit c 1capsules/day atau boleh skip selang 2 hari sekali. In 1week dalam 2/3 biji je. Hari yang skip tu i makan buah je bebanyak. Sedap pun sedap hehe. Tp on the day you take vit c tu, make sure minum 2/3liter mineral water! Bukan air teh ais mamak ke starbuck ke ok.

Hehe. Vit C is dietary supp, selain daripada untuk skin & etc. Boleh bagi selera makan. Membuak rasa, asyik nk makan je. (i need this cause i jenis tank kecik, makan sikit kenyang, selera tak kuat sangat). So perlu vit c utk membantu selera makan. So now manjang lapar je. Teringin tu teringin ni. Hehe bila dah selera asyik nak kunyah jela.

3. TIMETABLE MAKAN

Kene makan on time, make sure amik breakfast! Breakfast tu penting. Dan kalau lapar je makan! Kunyah je bebanyak. Makan sikit tu sikit ni. I mean, bila dah telan nasi. Jap lagi kunyah la benda lain. Keropok ke ice cream ke coklat ke. Haa gituu. Haha.

4. FOOD TAKEN

Amik kekacang, soya, dairy milk, & cheese. Makan banyak kali, hehe.

5. REFER DOKTOR

Disclaimer: Make sure anda refer doktor juga ya. Kalau dah underweight kadang-kadang disebabkan cacing juga. Cuba refer doktor first okay.

Vitamin C.

Image via Siti Shairah / Facebook

Susu Full Cream.

Image via Siti Shairah / Facebook

Genap satu bulan anda akan dapat keputusan yang begitu memuaskan hati!

I'm doing this semalam genap 1 month! So nak share dengan anda semua the result. Dan every week mmg timbang & guna penimbang yg sama. The result mmg unexpected!

RESULT AFTER 1MONTH:

- Before start 48.5kg
- 1st week: 50.2kg
- 2nd week: 51.2kg
- 3rd week: 52.3kg
- 4th week: 54.5kg

Yeay! Walaupun berat naik, i rasa lemak i tersekat diskala 2 iaitu dipipi & bahagian tidak sepatutnya. Tapi, im happy with the result! Alhamdulillah syukur im not underweight anymore! Yes! Goodluck korang!

Keputusan minggu ketiga.

Image via Siti Shairah / Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda masih belum tahu punca sebenar masalah susah naik berat badan, baca sini:

Baca juga artikel lain bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan:

You may be interested in: