Dari XL Ke XS - Lelaki Ini Kongsi 21 Tips Turun Berat 37kg Dalam Masa 6 Bulan Sahaja
Ada berani tak gais? :)
Ramai yang bercakap tentang azam tahun baru yang kononnya nak kurus dan lebih sihat dan seimbang sempena tahun 2018 ini. Namun, apa yang jadi? Semua tu hanya kata-kata yang mampu keluar di bibir sahaja. Betul tak?
Jika anda betul-betul mempunyai semangat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan, perkara itu tidak akan menjadi masalah dan tiada halangan yang anda tidak mampu tempuhi dalam tempoh tersebut.
Seperti lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Zulzaidi Zulkarnain, di laman Facebook beliau telah viral dengan lebih 8,000 perkongsian tentang tips yang sangat berguna untuk individu yang mungkin menginginkan berat yang ideal sempena tahun 2018 ini.
Tapi sebelum mulakan 'diet' anda, kenalpasti dulu apa maksud diet yang sebenar
Menurutnya, perkara pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yang silap termasuk dirinya sendiri. Diet bukan bermakna tidak makan. Itu tanggapan yang salah kerana diet sebenarnya bermaksud pemakanan yang sihat.
"Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila da set baru ada semangat utk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT. Ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu...itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus," katanya.
1. Jangan sesekali tinggal sarapan pagi. Sangat penting!
Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yang terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.
2. Pastikan tidur cukup setiap hari
Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita boleh bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!
3. Cukup makan. Sekurang-kurangnya 5-6 kali sehari
Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.
4. Pengambilan air TANPA gula
Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.
5. Banyakkan pengambilan air kosong setiap hari
Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg mcm sy dulu kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundarkan jadi 3L la, tak perlu la nak berkira sangat dengan 0.23L tu.
6. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau boleh elak menggoreng sayur, rebus untuk buat sup sayur.
7. Kawal pengambilan nasi dalam sehari, hanya satu genggam sahaja
Ramai orang diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan org Malaysia tak boleh tinggalkan nasi. So saya makan nasi pada waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebi kurang 150 kcal.
So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAR & SIHAT.
8. Boleh makan roti tapi bukan roti putih. Roti wholemeal lebih baik!
Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yang hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun dah 154 kcal.
9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kuey teow
Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tiap jangan dibantai bihun goreng pulak. Bihun sup atau tom yam.
10. Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak dan makanan segera (fast food)
SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) McD, KFC dan sewaktu dengan nya. Elakkan juga makanan dalam tin dan makanan yang telah diproses seperti daging burger, nugget dan lain-lain. Semua tu memang kegemaran!
11. Makan makanan grill atau steam sahaja!
PROTEIN. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang2. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh isteri buat sup ayam sampai dia pun naik boring. Yang bergoreng elak ye.
12. Jangan pernah skip makan malam. Sama macam sarapan pagi.
DINNER. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, bole minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).
13. Senaman pun harus! Dalam 2-3 kali seminggu pun dah memadai
SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.
14. Tak perlu ambil sebarang ubat-ubatan untuk kurus ya!
Ramai yang bertanya, ubat apa yang saya ambil untuk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa-apa ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.
15. Mengawal nafsu makan dengan berpuasa walaupun bukan dalam bulan Ramadan
Ramai yg tahukan puasa juga salah satu diet yang terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramadan mulalah berazam nak diet untuk kurus. Puasa juga bagus untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau boleh buat semua puasa-puasa sunat yang ada lagi bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. Insya Allah!
16. Sebelum mulakan diet, anda perlu check dulu kalori yang kita perlukan dalam sehari untuk kita turunkan
INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dahulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari untuk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda boleh check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html
17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang kita ambil
Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilasn kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Boleh install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal untuk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.
18. Elak stress!
Cuba elakkan dari stress kerana stress boleh menjejaskan program diet kita. Macam saya dulu kalau saya stress saya suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yg tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, Insya allah.
19. Sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan
Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa-apa pun semuanya dengan keizinan dari Nya.
20. Sila take note tentang berapa percent pemakanan dan senaman yang kita lakukan
Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga mmg kelaut la diet kita tu.
21. Mesti KENA ada cheat day untuk makan apa sahaja yang anda inginkan!
Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheat day) bukan menipu org ye. Menipu diet anda. So hari tu kita boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.
Ini result sebenar badan Zulzaidi selepas 6 bulan mengamalkan diet yang sihat dan pemakanan seimbang. Memang teruja!