Wanita Kongsi Cara Urus Rumah Tangga Dikecam, Ramai Anggap Suami Buat Isteri Macam Robot
Lain orang lain caranya kan.
Dari zaman dahulu sehingga kini, hal melibatkan rumah tangga sememangnya banyak diuruskan oleh isteri berbanding suami
Daripada tugas seperti memasak, membasuh baju, melipat kain dan membersihkan rumah, isteri juga tidak terlepas untuk menguruskan hal membabitkan anak-anak dan juga suami sepanjang hari.
Meskipun memenatkan, golongan isteri tetap bertungkus-lumus melakukan semua tugas tersebut demi menjaga keharmonian keluarga mereka.
Melihat kepada situasi ini, ia tidaklah bermakna bahawa suami tidak perlu bertanggungjawab untuk menguruskannya bersama-sama isteri lebih-lebih apabila kebanyakan isteri pada hari ini juga mempunyai kerjaya masing-masing.
Namun yang pastinya, setiap pasangan yang telah berkahwin tentu mempunyai cara masing-masing dalam menguruskan rumah tangga mereka.
Seperti perkongsian wanita bernama Nur Khairunnisa Iskandar di laman Facebook miliknya baru-baru ini, dia memberikan tips tentang cara pengurusan rumah tangga sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen
Wanita yang telah mempunyai beberapa orang cahaya mata ini berkongsikan rutin harian yang boleh digunakan oleh golongan ibu bekerja bagi menguruskan suami dan anak-anak.
Sejak artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 30 ribu shares dan lebih 27 ribu komen di Facebook.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
Menurut wanita ini, kronologi atau rutin yang disediakan kepada golongan ibu ini mungkin agak padat, namun ia boleh menjadi panduan kepada mereka untuk menguruskan rumah tangga dengan lebih teratur
Apa nak buat kalau isteri balik kerja jam 6.30 petang dan suami mahu makan sharp jam 8 malam?
Seorang isteri, lebih lagi yang berkerjaya, ada anak kecil lebih dari 1, dan suami pula jenis balik kerja nak lihat rumah dan anak semuanya tenang terurus dan nak makan hasil air tangan isteri di rumah. At least ada dua lauk. Telan air liur kejap.
Boleh tersepit jiwa raga antara penat dan tanggungjawab! Saya kira ini soalan menarik untuk dikongsi. Mungkin ramai sahabat ibu yang dalam senyap mengalami tekanan mengurus konflik ini.
Take a deep breath. Allah kan ada? Apa yang saya syorkan ni mungkin agak padat bagi kebiasaan ibu. Tetapi, mungkin juga boleh jadi guideline big picture kronologi rutin harian yang mungkin boleh bantu ibu yang tak tahu nak start dari mana, nak buat macam mana, untuk lihat dari sudut berbeza.
Kita tak nak pertikaikan 'kenapa'. Tapi yang kita nak fokus adalah 'bagaimana' Dan bila kalian baca ni, pandanglah dari sudut yang baik baik.
Katanya, dalam apa keadaan sekalipun, kita perlulah bijak bermain dengan minda dan otak
Dalam apa jua keadaan yang perlu kita lalui. Always start dengan mind.
1) Reset otak, kita sedang main game. Ada levelnya. Kira on your mark, get set, GO! Ha kena rasa macaam tu, baru thrill. Layan, happy-happy sahaja. Cara gerak pun kena macam orang tengah main game.
Haha. Memang macam tak masuk akal. But then, untuk kita manage badan yang lelah penat bekerja seharian, kita hanya ada satu CHOICE. Mainkan otak!
2) Dalam kereta, on the way back home siap siap beli roti ke cekodok, buah, lempeng, chocolate bar snickers ke, makan dengan senang hati untuk alas perut.
3) Sampai je rumah, terus masuk toilet jangan pandang kanan kiri, mandikan anak anak. Ya! Mandikan. Tak payah nak suruh berdikari sangat. Ini bukan masanya. Mandikan. Wangikan. Gosok sampai kilat anak tu. Suami happy bila anak fresh. Satu anak mandi tak sampai pun 5 minit.
4) Lepas tu siapkan anak baju bedak semua dalam bilik. Make sure bilik kunci. Buka aircond atau kipas. Spray bilik biar wangi semerbak. Buka cerita untuk anak tonton sementara kita urus diri, yang penting anak tenang kat dalam bilik tak merayap keluar. Hadkan masa urus anak 10 minit sahaja. Ni tak perlu kelam-kabut pun. Berbual la dengan anak sambil mandikan tu.
5) Settle anak, mak pula mandi. Mak mandi pun tak perlu lama-lama. 5 minit. Dah. Maka cukuplah 15 minit sesi mandi dan freshkan diri. Kena mandi supaya dapat recharge energy. Kalau terus buat kerja dapur, u akan menyumpah penat tak sudah!
7pm
6) Bawa anak-anak masuk dapur. Di lantai dapur sediakan satu ruang, atau paling tak pun buat petak guna scotch tape kat atas lantai area dapur. Buat deal siap-siap dengan anak. Sediakan mainan yang you reserve, yang anak suka, hanya untuk main pada waktu you masak. Dan you boleh pantau.
Untuk kes ibu ini, anaknya 5 tahun dan 3 tahun. Dan suaminya tak suka anak tengok tv. Dan ibu ni tak senang hati bila suami tegur itu ini aktiviti yang anak buat. Dan aktiviti yang suaminya syorkan menurut si isteri adalah aktiviti yang memerlukan bantuan orang dewasa.
Huhuhu comel sangat cerita ni kan. Tapi yes, apa yang kita boleh buat adalah fokus apa yang kita boleh kawal. Jangan sibuk tak puas hati ngan suami. We just do what we can do. That's it.
Communicate dengan suami untuk terangkan kecelaruan emosi you tu adalah satu proses lain. Just in case, komunikasi tu tak berlaku atau belum berjaya, cuba buat yang nombor 6 ni.
Disiplinkan diri supaya tidur selewatnya jam 11 malam sahaja supaya tidak terlalu keletihan pada esok hari
7) START MASAK. Masa yang diperlukan sebenarnya tak lama. Maksimum 30 minit is more than enough. Ya. 30 minit dan supaya flow lancar, make sure persiapan potong memotong, pembahagian bahan mentah, semua you dah siap label 1-5 contohnya. Siapkan on weekend.
Atau bahan mentah seperti ayam ikan, siap-siap pindahkan dari bahagian frozen ke bahagian yang bukan frozen sebelum pergi kerja. Contoh, hari Isnin guna semua yang label 1. Jadi tak perlu nak habiskan masa termenung depan fridge pening pening lalat. Letak timer kalau tak biasa masak laju. Practice makes perfect! Kata tengah main game. Chill dulu. Later bila you dah terror, baru nikmatnya tak terkata.
7.45pm
8) Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak-anak juga. Unless jemaah ngan suami. Kalau tak, bawa anak-anak solat di bilik. Kalau you jenis sensitip bila suami tegur-tegur anak, you anggap je la anak tu kembar you. Di mana you ada, di situ anak ada.
8pm
9) MAKAN.
Tapi mama, you jangan makan sama. You suap anak anak. Sebab suami you suka you berbual dengan dia. Kalau you makan sekali dengan anak dan suami, boleh tercekik nak melayan karenah anak dan borak suami.
Lagi pun, suami you jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time you dan anak. Bonding time you dan suami. Belajar untuk hargai masa ini. Bacalah doa banyak-banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir-zikir yang baik setiap kali pandang mata suami saat berborak tu. 30 minit makan siap.
10) KEMAS.
Settle sinki. Jangan ada yang tersisa. Mop tak perlu, buang masa lap-lap lekit sana sini. Untuk kes sahabat ibu ni, suami sangat sangat pembersih. Tak ada makna sinki ada pinggan semalam.
Jadi? Ambil lebih kurang maksima 30 min untuk cuci dan bersihkan dish. Suruh anak duduk dengan ayah. Cakap dekat anak kuat-kuat. Go dengan ayah. Nanti ayah sedih kalau abang tak cerita-cerita dengan ayah. Ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat suami tengokkan anak sekejap.
9pm
11) Sediakan tempat tidur dan bawa anak anak masuk bilik. Tutup lampu sambil tu bolehlah kita solat dalam keadaan gelap. Tenang sikit.
12) COP! Dahtu bilanya maknya nak makan? Lepas habis solat. Makan! Huhuh ok fine. Ni tak ambil kira bab diet. Kalau diet terpaksa adjust makan dalam kereta on the way back home tu atau sebelum solat Maghrib
13) Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah suami sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit. Pakai stokin. Minum air secukupnya. Buka audio quran biar hati bahagia.
14) Disiplinkan diri tidur selewatnya jam 11pm supaya you tak pengsan untuk teruskan perjuangan. Sambil pejam mata syukur Allah beri hidup beri iman beri kasih sayang.
15) Bangun awal sebelum subuh. Dapatkan tahajjud walau dua rakaat. Kekuatan yang you bakal dapat serious amazing biiznillah.
Perkongsian wanita ini bagaimanapun mendapat reaksi yang kurang menyenangnya daripada netizen