Lebih 60,000 Pengunjung Dijangka Hadir Ke Baling Escapade Festival 2026 Pada 29 Julai Hingga 1 Ogos Ini

Inisiatif itu bertujuan memperkenalkan Baling sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf antarabangsa.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Daerah Baling bakal menjadi tumpuan utama pelancongan negara apabila Baling Escapade Festival (BEF) 2026 disahkan berlangsung dari 29 Julai hingga 1 Ogos ini

Acara berskala besar ini menghimpunkan pelbagai elemen pelancongan, budaya, gastronomi, komuniti dan sukan pengembaraan dalam satu festival yang menjadi antara agenda paling dinanti-nantikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Dianjurkan oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. di bawah pimpinan Pengarah Urusan Rayme Zainal, festival yang membawa tema 'Escape. Explore. Experience Baling' ini dijangka menarik lebih 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan Baling sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf antarabangsa, sekali gus memanfaatkan keindahan semula jadi kawasan sekitar seperti panorama Gunung Baling, Gunung Pulai, serta warisan budaya tempatan yang kaya.

SAYS.com

Baling, Kedah terkenal dengan panorama Gunung Baling, Gunung Pulai, sungai semula jadi, kawasan rekreasi dan warisan budaya.

Image via @balingescapadefestival (Instagram)

Lebih 100 gerai niaga makanan, minuman dan produk gaya hidup daripada usahawan tempatan serta pengusaha makanan warisan

Sepanjang empat hari penganjuran, festival ini akan mengetengahkan komponen utama seperti The Cultural Jam @ Baling, sebuah platform budaya yang mempamerkan kepelbagaian seni, muzik, persembahan tradisional dan kraftangan dari Kedah serta Nusantara.

Selain itu, aspek kulinari turut diberi tumpuan melalui Baling Food & Gastronomy Experience menerusi Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta yang bakal menghimpunkan lebih 100 gerai niaga makanan, minuman, dan produk gaya hidup daripada usahawan tempatan serta pengusaha makanan warisan.

Satu lagi kekuatan utama festival ini adalah kolaborasi strategik bersama acara denai ultra antarabangsa, The Magnificent Baling 100 (TMB100) yang dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd. Acara sukan lasak ini dijangka membawa masuk lebih 4,000 pelari tempatan dan antarabangsa ke daerah Baling.

Kehadiran ribuan peserta serta penyokong ini dipercayai akan memberikan limpahan ekonomi yang signifikan kepada sektor penginapan, logistik dan perniagaan domestik sepanjang festival berlangsung.

SAYS.com
Image via @balingescapadefestival (Instagram)Image via

Secara keseluruhan, pihak penganjur menyasarkan BEF 2026 mampu menjana impak ekonomi tempatan melebihi RM5 juta. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Tourism Kedah, serta Majlis Daerah Baling, dengan penglibatan rakan strategik lain seperti Caritapak.my.

Bagi usahawan atau rakan korporat yang berminat untuk menyertai pasaran festival ini, maklumat lanjut mengenai penyertaan vendor boleh didapati melalui Instagram @caritapak.my atau talian 018-406 9455, manakala urusan kerjasama strategik boleh diajukan ke emel [email protected].

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS