seismik

Lebih Selamat & Mudah, Pengaktifan Baharu Secure2u Kini Perlu Dilakukan Di ATM Maybank

Selepas pengaktifan Secure2u melalui ATM, pelanggan boleh mula meluluskan transaksi minima sekurang-kurangnya selepas 12 jam.

Cover image via Maybank

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Maybank.

Maybank baru-baru ini mengumumkan pengukuhan dalam proses pengesahan Secure2u, iaitu kaedah pengesahan selamat, untuk meluluskan transaksi perbankan dalam talian di aplikasi MAE dan laman web Maybank2u

Pelanggan yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain dan baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank di lebih 2,900 lokasi di seluruh negara sejak 31 Oktober 2023.

Langkah tambahan ini bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan, selain daripada lima langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan yang dilaksanakan oleh pihak bank pada Julai 2023.

Antara salahnya satunya adalah bertukar daripada penggunaan kata laluan satu kali SMS (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat seperti melalui perisian pengesahan pelbagai faktor yang selamat atau token perkakasan untuk urus niaga tertentu. Urus niaga ini termasuk pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi dan tetapan akaun.

Berikut adalah cara-cara untuk anda mengaktifkan Secure2u melalui aplikasi MAE dan di ATM Maybank:

Daftar Secure2u melalui aplikasi MAE

  1. Muat turun atau lancarkan aplikasi MAE.

  2. Pada bahagian Quick Actions, tekan ‘Secure2u’ untuk daftarkannya pada peranti anda.

  3. Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran.

  4. Setelah pendaftaran Secure2u selesai, anda akan menerima push notification dan SMS untuk memberitahu anda supaya mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari.

  5. Jangan lupa untuk membawa bersama kad debit, kredit atau caj ke ATM Maybank seperti yang dinyatakan pada aplikasi MAE setelah pendaftaran Secure2u anda berjaya.

Aktifkan Secure2u di ATM Maybank

Setelah anda mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkannya:

  1. Apabila berada di ATM Maybank, masukkan kad anda dan masukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) kad tersebut.

  2. Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’.

  3. Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan proses pengaktifan.

  4. Setelah mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan minimum sekurang-kurangnya 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Ini adalah bertujuan untuk menghalang pengaktifan Secure2u yang tidak sah.

Cara aktifkan Secure2u tanpa kad bank iaitu pengguna akaun MAE dan pelanggan yang berada di luar negara

  1. Muat turun atau lancarkan aplikasi MAE
  2. Di bawah ‘Quick Actions’, klik ‘Secure2u’ untuk mendaftar Secure2u pada peranti anda
  3. Klik ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada skrin untuk melengkapkan pendaftaran anda

Sebagai rekod, ATM Maybank beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 pagi setiap hari* dan boleh didapati di lokasi strategik, seperti di cawangan atau pusat perkhidmatan, serta di pusat beli-belah terpilih, stesen minyak, stesen kereta api, hospital, dan banyak lagi.

Klik di sini untuk senarai penuh mesin ATM Maybank di lebih 2,900 lokasi di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan

Image via Aswadi Alias/NSTP

Selain itu, Maybank menasihatkan kepada para pelanggannya agar mematuhi tiga peraturan kebersihan siber yang mudah, untuk melindungi diri daripada scammer:

1. Jangan sekali-kali klik pada hiperpautan daripada sumber yang tidak diketahui
2. Jangan sekali-kali memuat turun sebarang aplikasi dari mana-mana pautan, kecuali yang terdapat di gedung aplikasi rasmi
3. Jangan sekali-kali berkongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan sesiapa sahaja, termasuk rakan-rakan dan ahli keluarga

Untuk maklumat lanjut dan panduan terperinci mengenai pengaktifan Secure2u, sila layari laman web rasmi Maybank!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik