"Sorry Malaysia" - Lee Chong Wei Mohon Maaf Selepas Tersingkir Dalam Kejohanan Dunia
Anda tetap hero kami!
Impian emas jaguh kebanggaan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak dapat direalisasikan selepas tersingkir dari kejohanan badminton dunia di Glasgow, Scotland, semalam
Dengan mata 19-21, 24-22, 17-21, pemain nombor dua dunia itu akhirnya tewas dengan pemain dari Perancis, Brice Leverdes.
Beliau terpaksa akur dengan kekalahan tersebut meskipun ia adalah satu berita yang agak mengejutkan buat rakyat Malaysia.
Menurut laporan Berita Harian, tiada kata-kata dapat diungkap oleh jaguh perseorangan negara itu dan Chong Wei minta diberi ruang dan hanya mahu berehat sebelum membuat keputusan mengenai perancangan masa depannya.
"Saya tidak boleh beri komen apa-apa mengenai perancangan selepas ini kerana saya pun tak dapat nak fikir sekarang. Saya akan berehat sebentar sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.
Mengulas mengenai prestasinya ketika menentang Leverdez, Chong Wei mengakui pemain lawan bermain dengan baik dan ia membuatkan dia sedikit tertekan.
"Permainan Leverdez hari ini sangat menjadi dan dia banyak bernasib baik dengan pukulan-pukulannya. Apa pun saya sudah buat yang terbaik dan saya perlu terima hakikat saya kalah hari ini," katanya lagi.
bharian.com.myKecewa dengan kekalahannya, Chong Wei turut meluahkan rasa sedih beliau dengan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia menerusi akaun Twitter miliknya
"Hari ini saya tidak dapat bermain dengan baik. Maaf kerana mengecewakan anda semua. Maaf Malaysia"
Rakyat Malaysia respon kepada twit tersebut dengan meemberi kata-kata semangat dan mengucapkan terima kasih kepada pemain kebangsaan itu kerana telah mencuba sebaik mungkin.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah peminat Chong Wei dari negara seberang turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya
Persoalannya kini adakah kekalahan ini bakal menjadi penampilan terakhir Chong Wei di Kejohanan Dunia dan terus menggantung raketnya?