Lee Junho Hangatkan CUCKOOTOPIA, Lancar Inovasi Kediaman Sihat & Hamper Tahun Baru Cina

Tiga koleksi perayaan CUCKOO CNY Lifestyle Hamper diperkenalkan mengikut simbolik tersendiri.

Cover ImageCover image via CUCKOO Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bintang sensasi antarabangsa merangkap Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, menawan hati ribuan peminat menerusi kemunculan khas di acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini sempena kemuncak sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia)

Kehadiran selebriti terkemuka Korea Selatan itu diserikan dengan pelancaran rasmi inovasi kelengkapan rumah terbaharu serta CUCKOO Lifestyle Hamper bersempena sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe), menyatakan bahawa konsep hamper ini memberi nafas baharu kepada tradisi pemberian hadiah perayaan dengan menggantikan barangan konvensional kepada barangan keperluan kediaman sihat yang praktikal dan bernilai guna jangka panjang.

Mengangkat tema ulang tahun "Menghargai Setiap BFF" (Buddies, Friends, dan Families), acara empat hari itu turut mempamerkan pelbagai produk baharu seperti Penapis Air Pembuat Ais CUCKOO GRANITE dan Mesin Pencuci Pinggan CUCKOO QUBE, selain memperkenalkan enam lagi inovasi akan datang termasuk Penapis Air CUCKOO FLO MAX, Kepala Pancuran Bertapis AquaAura, serta Penapis Air Bebas Tangki CUCKOO PETITE.

SAYS.com
Image via CUCKOO Malaysia

Bagi koleksi perayaan CUCKOO CNY Lifestyle Hamper, tiga konsep diperkenalkan mengikut simbolik tersendiri

  • The "Splash of Fortune Lifestyle Hamper" (喜一喜生活礼): Menampilkan set kepala pancuran bertapis untuk permulaan tahun baharu yang segar.
  • The "Taste of Prosperity Lifestyle Hamper" (旺一旺生活礼): Menawarkan periuk serbaguna yang melambangkan kemakmuran serta hidangan berkhasiat.
  • The "Pot of Togetherness Lifestyle Hamper" (聚一聚生活礼): Menampilkan periuk panas seramik eksklusif CUCKOO x Color King sempena mengeratkan ikatan makan bersama keluarga.

ㅤ

Koleksi hamper Tahun Baru Cina ini mula dibuka untuk tempahan pada penghujung November 2026. Penganjuran CUCKOOTOPIA turut dijayakan dengan kerjasama rakan strategik utama seperti WonderLab, STEP8IGHT, MONTIGO, GOOJODOQ, HWC Coffee, TikTok Shop, dan Samsung Malaysia Electronics, di samping menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

SAYS.com
Image via CUCKOO Malaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik