Legenda Harimau Malaya, Abdah Alif Yang Kini Berumur 72 Tahun Sah Kahwini Gadis 20 Tahun

Alhamdulillah, tahniah & semoga bahagia hingga ke jannah.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lebih empat dekad meninggalkan dunia persaingan bola sepak, legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, 72, kini membuka lembaran baharu dalam hidup apabila selamat diijabkabulkan pada 27 Ogos lalu

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut laporan Sinar Harian, berita perkahwinan itu disahkan adiknya yang juga bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk Yunus Alif.

Menurut Yunus, perkahwinan Abdah bersama wanita pilihan hatinya itu mendapat restu kedua-dua keluarga.

"Alhamdulillah, mereka baru sahaja bernikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga sudah bersetuju dan merestui perkahwinan ini. Kita doakan semoga mereka berdua bahagia," katanya.

Perkahwinan berkenaan mula mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan selepas beberapa keping gambar Abdah bersama pasangannya yang difahamkan berusia 20 tahun tersebar di media sosial

SAYS.com
Image via @efafatyhafadzir (Threads)

Yunus berkata, Abdah kini sedang meluangkan masa bersama isterinya selepas selesai melangsungkan pernikahan.

"Mungkin sekarang mereka sedang berbulan madu, sebab itu dia tidak menjawab panggilan. Apa yang pasti, mereka memang sudah bernikah dan kita doakan yang terbaik buat kedua-duanya," katanya.

Yunus turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina abangnya itu kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Semoga mereka terus bahagia dan kekal bersama hingga ke Jannah," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: