seismik

Lelaki Alami Sesak Nafas & Sakit Pada Dada Selepas Lakukan Senaman Tekan Tubi, Lompat Tali

Difahamkan, dia memulakan rutin senaman itu sebagai azam tahun baharu.

Cover image via The First Aid Nest (Gambar sekadar hiasan) & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki mengalami pneumotoraks (paru-paru kecut) selepas melakukan senaman ringan iaitu tekan tubi sebanyak 20 kali dan lompat tali selama beberapa minit

Kejadian di Henan, China itu turut mengejutkan doktor di sana dengan kes lelaki pertengahan usia tersebut.

Menerusi laporan, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu memberitahu doktor bahawa dia memulakan rutin senaman sebagai azam tahun baharu, tetapi lain pula yang berlaku kepadanya bulan lalu.

Difahamkan, dia telah melakukan senaman tekan tubi dan lompat tali sebagai usaha untuk menurunkan berat badan, namun selepas beberapa minit melakukan hanya tekan tubi, badannya mula merasa tidak selesa.

Namun begitu, dia tetap meneruskan aktiviti hariannya itu seperti biasa. Pada keesokan harinya dia mengalami sakit dada yang teruk sehingga sukar untuk bernafas terutama ketika melakukan pergerakan kecil seperti menaiki tangga.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rehabhero

Doktor sahkan alami pneumotoraks

Rasa sakitnya itu semakin bertambah teruk sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital dan doktor kemudian mengesahkan dia mengalami pneumotoraks.

Imbasan melalui sinar-X menunjukkan salah satu paru-parunya telah mengecut hingga hanya tinggal sepertiga daripada saiz asal akibat tekanan yang terlalu kuat ketika bersenam.

Dia juga mendapat amaran daripada doktor bahawa keadaannya boleh menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan kekal atau kematian.

Kisah lelaki ini dijadikan peringatan oleh doktor agar sentiasa mendengar isyarat tubuh dan tidak memaksa diri secara berlebihan.

Malah, dua set tekan tubi dan beberapa minit lompat tali bukanlah senaman yang dianggap terlalu ekstrem.

Terdahulu, terdapat juga beberapa kes paru-paru kecut yang berlaku akibat aktiviti tidak dijangka seperti regangan badan pada waktu pagi, berkaraoke, dan menjerit ketika konsert secara langsung.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Houston Heart Centre

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: