"Tak Sabar Nak Main" - Ramai Teruja Lepas Tengok Sneak Peek Video Permainan Upin & Ipin
Cepat-cepat release!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai yang sudah menantikan video permainan baharu daripada Les' Copaque dengan watak Upin & Ipin bukan?
Apatah lagi ia adalah hasil daripada ciptaan anak tempatan, sudah tentu ramai yang menunggu masa untuk permainan ini dikeluarkan.
Baru-baru ini, sneak peek video permainan berkenaan telah dikongsi di laman X dan ternyata telah membuat ramai tidak sabar menantikannya.
Permainan bertemakan open world
Menerusi perkongsian di laman X @zhafvlog, dia berkongsi sebuah video sneak peek memaparkan permainan video Upin & Ipin Universe tersebut.
Upin & Ipin Universe ialah konsol permainan open world dan permainan PC pertama yang menampilkan kembar kesayangan.
Difahamkan ia menggunakan Unreal Engine 5 dan menawarkan pengembaraan generasi seterusnya yang menakjubkan.
Menerusi kenyataan media, video permainan ini ia akan dilancarkan pada tahun 2025 ini namun masih belum diketahui lebih lanjut.
Untuk pengetahuan anda, projek permainan ini berjaya dibangunkan hasil kerjasama antara Streamline Studios dan Les’ Copaque.
Dikatakan, permainan video ini ditawarkan menerusi dua platform konsol permainan iaitu PlayStation 5 dan Nintendo Switch.
Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa teruja mereka dan tidak sabar menantikan video permainan tersebut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!