seismik

[VIDEO] Lelaki Tak Sangka 'Jackpot' Jumpa Beg Brik Dekat Pasar Pagi - "RM20 Je Guys"

Macam tu je dia dapat beg Brik RM20.

Cover image via @danisy__ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beg tangan jenama lokal iaitu Brik kini semakin mendapat perhatian ramai

Namun, sebelum ini juga pernah tular jenama tersebut menerima kritikan ramai kerana didakwa tidak dapat menampung jumlah pelanggan mereka ketika menganjurkan sebuah acara.

Malah, ramai juga yang meluahkan rasa kecewa tidak dapat memiliki beg jenama tersebut memandangkan ia selalu sold out.

Tetapi, lain pula dengan video perkongsian di TikTok apabila seorang lelaki berkongsi apa yang dijumpainya di pasar pagi yang mengejutkan ramai.

Tak sangka jumpa beg Brik terpakai di pasar pagi

Menerusi video perkongsian di TikTok @danisy__, kelihatan seorang lelaki ketika itu sedang berada di sebuah pasar pagi.

Sementara dia sibuk berjalan, dia ternampak kedai terpakai di situ dan melihat barangan yang dijual. Dalam pada dia sibuk melihat beg terpakai yang dijual, dia kemudian terjumpa beg Brik yang menjadi kegilaan wanita kini.

Lelaki berkenaan terus mengambil beg tersebut dan bertanyakan harga beg tersebut. Difahamkan, beg tersebut hanya dijual RM20 kerana sudah terpakai, namun dia tidak kisah dan terus membelinya.

Perkara itu disifatkan sebagai barang yang 'jackpot' kerana sekarang ini agak sukar mendapatkan beg berkenaan ditambah pula dengan reseller ada yang menjualnya harga tidak masuk akal.

Lihat video itu di bawah:

@danisy__ Kali pertama selam dapat local brand hahahaa , Korang jangan lupa follow rapat igshop youbuybye guys #thrift #thrifting #thrifted #bundle #fyp #youbuybye original sound - danisy

Memang jackpot sangat bang dapat beg tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: