[VIDEO] Warga Emas Kongsi Amalan Badan Masih Sihat Kekal Aktif & Cerdas Di Usia 80 Tahun
Cergas macam orang muda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan usia kita akan semakin lama semakin meningkat
Malah, kita pasti akan merasa cepat letih dan lesu. Badan pula akan jadi tidak cergas seperti dahulu. Ini mungkin adalah normal kerana faktor usia, ditambah pula jika sudah memasuki usia golongan warga emas.
Banyak perkara dan aktiviti yang mungkin terbatas untuk badan. Oleh itu, penjagaan badan dan kesihatan penting untuk diri kita.
Seperti perkongsian di TikTok ini yang memaparkan kecergasan seorang lelaki warga emas yang sudah seperti orang muda.
Kongsi pemakanan yang diamalkan
Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @msaanirhays, kelihatan seorang warga emas berusia 80 tahun yang dikenali sebagai Tok Ki atau nama sebenarnya YM Tengku Ali bin Tengku Mansur berkongsi rutin harian dan pemakanannya untuk kekal sihat.
Difahamkan, pada setiap awal pagi Jumaat dia akan mengambil secubit garam, air suam dan kurma Ajwa tujuh biji untuk memulakan harinya. Namun, pada hari lain dia akan memakan kurma itu sebanyak tiga biji sahaja.
Tambahnya, dia juga menasihatkan agar tidak makan makanan berlauk secara campuran darat dan laut kerana ia tidak bagus.
"Kita ni sebenarnya banyak dah lari dari haluan sebenar, ikut mat salleh," katanya.
Malah, dia menyarankan agar makan buah terlebih dahulu sebelum makan, bukannya makan buah selepas habis makan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!