[VIDEO] Gelagat Bakal Bapa Masuk Kelas Uruskan Bayi Jadi Perhatian, Ramai Terhibur Tengok
Macam-macam gelagat ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap pasangan pasti mengimpikan cahaya mata mereka sendiri
Sudah tentu, dengan kehadiran cahaya mata ini dapat melengkapkan lagi sesebuah keluarga. Apatah lagi jika ini adalah pertama kali buat mereka yang baru mempunyai anak.
Perasaan berdebar-debar itu pasti akan ada. Namun, kehadiran cahaya mata ini tidak bermakna sepenuhnya harus diuruskan oleh isteri, suami juga perlu ada pengetahuan agar dapat meringan beban isteri.
Sebab itulah sekarang ini kita dapat lihat pelbagai kelas dan pembelajaran bagi pasangan suami isteri tentang bagaimana cara menguruskan anak.
Seperti video di TikTok yang memaparkan gelagat pasangan ketika measuki kelas pengurusan bayi yang ternyata menghiburkan.
Gelagat golongan bakal bapa uruskan bayi jadi perhatian
Menerusi video di akaun TikTok @hospitalislamazzahrah, kelihatan pasangan muda suami isteri sedang sibuk menguruskan bayi dalam kelas antenatal.
Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah gelagat para suami yang dilihat kekok sehingga menghiburkan hati ramai. Daripada cara mandikan bayi, mendukung, bedung dan tukar lampin.
Malah, video tersebut mendapat pelbagai reaksi ramai yang terhibur dengan gelagat mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!