Orang Indonesia Terkejut Tengok Apple Store Di Malaysia Tak Putus-Putus Orang Datang Beli
Kaya juga ya orang-orang Malaysia ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, jenama produk Apple menjadi antara salah satu jenama peranti pintar yang popular di dunia
Dengan keunikan yang ditawarkan, ramai orang memilih Apple sebagai gajet harian mereka meskipun harganya yang jauh lebih mahal berbanding jenama produk lain.
Umum sedia maklum, Apple Store terbesar di Malaysia juga telah dibuka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur.
Baru-baru ini seorang warga Indonesia meluahkan rasa terkejutnya selepas melihat keadaan di Apple Store ketika berada di Malaysia.
Kagum tengok rakyat Malaysia tak putus-putus beli produk
Menerusi perkongsian di laman X @anggapph2, seorang warga Indonesia berkongsi rasa kagumnya ketika berada di Malaysia.
Difahamkan, ketika itu dia sedang berada di Apple Store yang terletak di TRX. Menurutnya, sepanjang dia berada di situ, orang ramai kelihatan tidak putus-putus masuk ke kedai tersebut untuk membeli produk berkenaan.
Malah, dia juga menyifatkan Malaysia juga negara yang berkembang dan menguatkan lagi dari segi ekonomi.
Tambahnya lagi, jalan raya di Malaysia juga penuh dengan kereta dan sesak dengan pembangunan yang terus meningkat.
Katanya, ekonomi di Malaysia dikatakan meningkat sebanyak 5% tahun ini di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!