seismik

MIROS Gesa Penjualan 'Dummy Buckle' Diharamkan - "Berbahaya Untuk Keselamatan Pengguna"

Difahamkan, risiko kecederaan parah dan kematian dalam kemalangan meningkat jika 'dummy buckle' digunakan.

Cover image via Berita Harian & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa pihak berkuasa agar mengharamkan penjualan dan penggunaan alat penyahaktif penggera tali pinggang keledar atau 'dummy buckle'

Malah, penjualan aksesori tersebut dilihat kini semakin berleluasa tidak kira di pasar raya atau secara dalam talian.

Menerusi laporan Buletin TV3, Ketua Pengarahnya, Siti Zaharah Ishak memberitahu hasil kajian dan ujian pelanggaran dijalankan pihaknya mendapati aksesori itu bukan sahaja menjejaskan fungsi tali pinggang keledar tetapi turut meningkatkan risiko kecederaan parah dan kematian dalam kemalangan.

"Penggunaan ‘dummy buckle’ membolehkan pemandu dan penumpang mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar yang merupakan komponen keselamatan utama dalam kenderaan.

"Pada kelajuan 64 kilometer sejam, ‘dummy buckle’ ini mudah tercabut, sekali gus menyebabkan impak lebih serius apabila berlaku perlanggaran," katanya.

Penggunaan 'dummy buckle' pada kenderaan.

Image via Piston

Sarankan agar penjualan aksesori tersebut diharamkan

Dalam pada itu, MIROS menyarankan agar perbincangan antara Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap dapat mencapai keputusan muktamad iaitu mengharamkan penjualan aksesori tersebut menerusi Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Apabila kita lihat penggunaan ‘dummy buckle’ ini berleluasa, kita amat bimbang sekali kerana ia akan memberikan kesan langsung kepada sistem keselamatan kenderaan terutamanya tali pinggang keledar dan beg udara.

"Ini kerana penggunaan ‘dummy buckle’ mendorong mereka untuk tidak menggunakan tali pinggang keledar," katanya.

Ketua Pengarah MIROS, Ts. Dr. Siti Zaharah Ishak.

Image via Buletin TV3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: