Penganjur Konsert Kini Perlu Letak Papan Tanda 'No To Drugs' Sebagai Syarat Di Selangor
Difahamkan, langkah berkenaan bagi memperketatkan lagi syarat kepada penganjur acara hiburan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Papan tanda 'No to Drugs' antara syarat yang akan ditetapkan buat penganjuran konsert di Selangor
Difahamkan, papan tanda tersebut perlu diletakkan pada laluan masuk konsert.
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu ia adalah antara cadangan yang sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) awal bulan ini.
Langkah tersebut adalah usaha agar kejadian tidak diingini berulang kembali
Menurut beliau, langkah itu bagi memperketatkan lagi syarat kepada penganjur acara hiburan tersebut.
"Sebelum ini, apa yang berkaitannya (larangan penggunaan dadah di konsert) hanya pada tiket konsert sahaja.
"Jadi, ini secara langsung dalam mengekang penggunaan dadah dalam mana-mana konsert. Syarat akan diletakkan dalam permit dikeluarkan pihak berkuasa tempatan," katanya.
Sebelum ini, Polis Selangor mencadangkan keperluan garis panduan baharu dalam sesuatu penganjuran konsert termasuk dari segi bilangan pengunjung mengikut keluasan tempat selain aspek keselamatan dari penjualan dadah serta pengudaraan.
Ia selepas kematian empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert 'Pinkfish' di Bandar Sunway.
Laporan patologi mengesahkan punca kematian membabitkan tiga pengunjung di konsert tersebut berpunca daripada pengambilan dadah jenis perangsang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!