seismik

Lori Telur Terbalik Di Highway LPT2, Pemilik Benarkan Orang Ramai Kutip Telur Bertaburan

Difahamkan, pemandu lori dan seorang lagi kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah lori yang membawa muatan 78,000 biji telur ayam terbalik di Kilometer 293.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam

Menerusi laporan Buletin TV3, lori tersebut dipercayai terbalik selepas dirempuh oleh sebuah lori lain sebelum ia terbabas di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 5.30 pagi. Namun, pemandu lori dan kelindannya yang berusia 40 dan 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian, kelindan lori, Mohd Izzat Izzudin, 25 tahun memberitahu lori yang dinaiki bersama rakannya terbabas ke kiri jalan dan terbalik selepas dirempuh sebuah lori barangan sejuk beku dari arah belakang.

Katanya, ketika itu mereka dalam perjalanan untuk menghantar bekalan telur dari Raub, Pahang ke Kuala Terengganu.

Image via Sinar Harian

Pemilik beri kebenaran orang ramai untuk ambil bagi elak pembaziran

Walau bagaimanapun, pemilik lori berkenaan bertindak memberi kebenaran kepada orang ramai terutama penduduk yang tinggal berhampir mengutip telur yang masih dalam keadaan baik dibawa pulang.

Menurutnya, ia adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Namun, pemilik tidak membenarkan telur-telur yang diambil itu dijual.

Kejadian itu turut tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai pengguna lebuh raya yang melalui lokasi kejadian sempat singgah mengutip telur untuk dibawa pulang.

Image via Sinar Harian

Lihat video di bawah:

@buletintv9 Lori telur terbalik di LPT2, orang ramai dibenar kutip bawa pulang #BuletinTV9 #telurbertaburkan #LPT2 #loritelurterbalik #tv9dihatiku original sound - BULETINTV9

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: