seismik

[VIDEO] Ramai Sebak Lihat Kesungguhan Murid OKU Gigih Berjalan Guna Tangan Ke Sekolah

Semoga dipermudahkan urusan awak dik.

Cover image via @sitiazah87 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, 17 Februari lepas baru sahaja bermula sesi persekolahan pertama bagi murid tahun satu

Di media sosial, pelbagai kerenah dan telatah yang dapat dilihat murid-murid ini. Maklumlah pertama kali masuk sekolah, pasti pelbagai perangai yang ada.

Namun, lain pula dengan video tular di TikTok yang menyentuh hati ramai selepas melihat video kanak-kanak kelainan upaya (OKU) berjalan ke sekolah.

Kesungguhan 'merangkak' ke sekolah buat ramai sebak

Menerusi video di akaun TikTok @sitiazah87, kelihatan wanita itu berkongsi pengalaman anak lelakinya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pada hari pertama persekolahan.

Di dalam video tersebut, wanita berkenaan dilihat memberikan semangat dan kesungguhan buat anak bongsunya itu.

Malah, dia juga turut teruja melihat anaknya itu yang sudah memasuki alam persekolahan dan berharap agar segalanya dipermudahkan.

"MashaAllah, semoga sentiasa dikelilingi oleh orang yang baik-baik untuk adik ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai kata-kata semangat dan mendoakan buat kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.8M views di TikTok.

Lihat antara komen-komen daripada netizen di TikTok:

Semoga awak tabah dan dapat menjalani alam persekolahan dengan baik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: