Ikut Cakap Keluarga Suruh Beli Honda, Individu Menyesal 'Sakit' Nak Bayar Bulan-Bulan
Ukur baju di badan sendiri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pasti memiliki kereta idaman masing-masing yang mereka mahukan
Tidak dinafikan, dengan adanya kereta ia memudahkan kita untuk pergi ke mana sahaja tanpa perlu memikirkan tentang keadaan cuaca.
Di pasaran sekarang pula pelbagai jenama kereta dalam dan luar negara yang ada kita boleh pilih.
Namun, ia terpulang kepada kemahuan masing-masing. Sudah tentu, harga kereta ini pula berbeza harga mengikut jenama dan spesifikasinya.
Tular di media sosial selepas seorang individu meluahkan rasa kesalnya kereta membeli kereta berjenama sehingga 'memakan diri'.
Rasa tertekan lepas beli kereta mahal, kos baiki tinggi
Menerusi perkongsian di Threads, seorang lelaki berkongsi tangkap layar seorang individu yang berkongsi pengalamannya ketika pertama kali membeli kereta.
Difahamkan, dia bekerja sebagai seorang jurutera dan baru sahaja bekerja. Menurutnya, dia ingin membeli kereta lokal pada awalnya, tetapi keluarga kemudian memberitahu agar dia memilih kereta berjenama Honda.
Bergajikan RM3,500 dia akhirnya membeli Honda berbanding pilihannya.
Malah, dia juga merasakan 'sakit' ketika hendak membayar roadtax, servis kereta dan yang lain-lain.
"I really menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru start kerja. I actually nak beli Bezza tapi my family cakap takkan lah engineer pakai kereta lokal. Gaji pula RM3.5K
"Bulan-bulan baru RM1,000, i ingat still ada banyak balance untuk komitmen lain. But after dah start bayar, baru I rasa sakit. Service, roadtax, tayar botak semua ni on me," luahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!