seismik

Orang Ramai Boleh Rakam Gambar Perokok 'Degil' Di Kedai Makan & Kawasan Larangan

Sebanyak 28 tempat larangan merokok secara keseluruhan diwartakan di bawah Akta 852 itu.

Cover image via Kosmo & Berita Harian (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai boleh mengambil gambar dan merakam video mana-mana individu yang merokok di premis makanan atau kawasan yang tidak dibenarkan

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu diberitahu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon yang berkata gambar tersebut kemudiannya boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

"Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil gambar dan rekod video kemudian lapor kepada pejabat kesihatan daerah.

"Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia melibatkan aspek kesihatan awam," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tak perlu takut untuk buat laporan

Beliau juga menegaskan orang ramai juga tidak perlu berasa takut untuk bersama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara.

"Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia membabitkan aspek kesihatan awam. Selepas aduan diterima, kita akan buat tindakan susulan termasuk membuat pemeriksaan terhadap premis itu.

"Di bawah akta dan peraturan, semua orang adalah sama jadi semua pihak termasuk kakitangan kerajaan perlu mematuhi arahan ditetapkan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon.

Image via Berita Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: