Zoo Di Jepun Larang Lelaki Bujang Masuk, Khuatiri Akan Menganggu Pengunjung Wanita
Larangan lelaki bujang memasuki zoo itu kerana dibimbangi akan menggoda pengunjung wanita.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang untuk memasuki kemudahannya
Menurut laporan South China Morning Post, perkara itu adalah kerana dibimbangi mereka akan menganggu pengunjung wanita.
Zoo Healing Pavilion yang terletak di Wilayah Tochigi di timur Jepun, adalah zoo interaktif yang membenarkan pengunjungnya memberi makan, memeluk haiwan seperti kucing, anjing dan biri-biri.
Namun, pada 26 Januari lalu, pengarah zoo tersebut yang dikenali sebagai Misa Mama mengumumkan sekatan tersebut di laman media sosial sehingga mengejutkan ramai.
Lelaki bujang yang mahu masuk mesti ditemani rakan atau ahli keluarga
Difahamkan, notis itu ditampal di pintu masuk zoo, menyatakan lelaki solo mesti ditemani keluarga atau rakan.
"Larangan berkuatkuasa, pengunjung lelaki dilarang memasuki zoo seorang diri," katanya.
Bagaimanapun, Miss Mama memberitahu bahawa sejak zoo itu ditubuhkan, majoriti pengunjungnya adalah keluarga atau pasangan.
Sebelum ini, terdapat kes beberapa pengunjung lelaki bujang telah menghampiri dan cuba menggoda pengunjung wanita.
Malah, beliau mendedahkan terdapat juga lelaki yang melakukan tingkah laku kurang sopan atau bercakap lucah.
Justeru, Mama menegaskan Healing Pavilion ditubuhkan untuk 'menyembuhkan emosi' dan bukannya tempat mencari jodoh.
"Peraturan ini bukan berdasarkan keangkuhan atau salah faham lelaki," jelas Mama.
Namun, netizen mempersoalkan keadilan polisi terhadap pengunjung lelaki yang dianggap diskriminasi jantina oleh pihak zoo.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!