seismik

Wanita Bawa Anjing Main Gelongsor Taman, Tindakan Segera Majlis Perbandaran Sertu Dipuji

Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan ramai.

Cover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular di media sosial selepas dua orang individu dilihat dengan selamba membawa anjing peliharaan mereka bermain di sebuah taman permainan

Menerusi video perkongsian di Facebook, difahamkan kejadian berlaku di sebuah taman perumahan di Johor Bahru.

Dapat dilihat dalam video itu, pemilik anjing baka Husky berkenaan telah membawa haiwan peliharaannya menaiki tangga sebelum menuruni gelongsor sambil disambut seorang lagi wanita di bawah.

Perbuatan itu telah menimbulkan kemarahan yang mengecam tindakan individu tersebut tanpa memikirkan kebersihan yang akan digunakan oleh kanak-kanak dan orang Islam yang menggunakannya.

Majlis perbandaran dan ahli majlis segera ambil tindakan dengan membuat pembersihan

Selepas tularnya video terbabit, seorang individu berkongsi dan mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Segamat dan ahli majlis yang mengambil tindakan pantas membuat pembersihan dan telah disertu.

"Terima kasih kepada majlis perbandaran segamat dan ahli majlis yang mengambil tindakkan pantas isu anjing naik ke gelongsor taman permainan di taman melodi Jementah,tahniah dan syabas. Jadi lepas ni tiada lagi isu ini berlaku," tulisnya.

Image via Facebook
Image via Facebook

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: