Wanita Mengamuk & Naik Tangan Sampai Kopiah Driver Teksi Jatuh Gara-Gara Kereta Dilanggar
Adab tu kenalah jaga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular rakaman melalui dashcam memaparkan seorang wanita bertindak keterlaluan kepada seorang pemandu teksi
Pada masa itu telah berlakunya insiden di antara kereta wanita berkenaan dan juga pemandu teksi itu sehingga berlakunya pergaduhan mulut.
Difahamkan, kereta wanita berkenaan jenis Proton Saga putih telah dilanggar dari arah belakang oleh pemandu teksi itu di lorong kanan.
Luah rasa marah sampai 'naik tangan'
Dek kerana bengang dengan insiden yang berlaku, wanita berkenaan kemudian bertindak 'naik tangan' pada pemandu teksi lelaki warga emas itu sehingga kopiahnya terjatuh ke atas jalan raya.
Apa yang memilukan adalah pemandu teksi itu dilihat mengutip semula kopiah tersebut dan mendengar kata-kata marah yang dilemparkan wanita berkenaan. Malah, dia juga dilihat tidak melawan.
Video itu telah mendapat perhatian ramai yang berpendapat sepatutnya wanita terbabit tidak patut membuat tindakan berkenaan. Seeloknya berbincang agar masalah dapat diselesaikan.
Namun, sehingga kini masih tidak dapat dipastikan lokasi dan waktu kejadian itu berlaku.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!