[VIDEO] Tanah Jerlus Di Kawasan Uptown Danau Kota, Individu Beri Amaran Agar Berhati-Hati
Difahamkan,, kedalaman tanah jerlus itu adalah hampir 4 meter.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia sebelum ini pernah digemparkan dengan kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India pada 23 Ogos 2024 lalu
Kejadian tanah jerlus sedalam 8 meter itu telah mengakibatkan seorang wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48 tahun, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Perkara itu ternyata telah menjadi kembimbangan ramai yang takut dan 'fobia' apabila melihat tanah jerlus di mana-mana kawasan.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang dikongsikan seorang individu mendakwa berlakunya tanah jerlus di sekitar kawasan Uptowan Danau Kota kota di Setapak, Kuala Lumpur.
Ramai luahkan rasa risau dan membeli di kawasan tersebut
Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @battosaimy, individu berkongsi telah berlakunya tanah jerlus di kawasan berkenaan.
Difahamkan, kedalaman tanah jerlus itu adalah hampir empat meter. Malah, dia juga mengingatkan bagi pengjung yang lalu di kawasan itu agar berhati-hati.
Dalam pada itu, netizen juga turut meluahkan kerisauan mereka selepas melihat video perkongsian tersebut dan berharap tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Lihat antara komen-komen daripada netizen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!