seismik

Ini Cara Anda Mohon Permit Untuk Kendalikan Dron Di Malaysia - "Jangan Sampai Kena Denda"

Ini termasuk mereka yang terbang di bawah 400 kaki untuk video perkahwinan dan komersial, serta untuk kegunaan rekreasi.

Cover image via Hurghadians Property & Le Drones (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, jika anda menerbangkan dron di Malaysia anda kini memerlukan permit khas

Malah, anda juga memerlukan permit berkenaan tanpa mengira tujuan, tidak kiralah sama ada untuk majlis perkahwinan, video komersial atau hanya untuk keseronokan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah memperkenalkan peraturan yang lebih ketat yang memerlukan kelulusan sebelum mana-mana dron boleh berlepas.

Hal ini terpakai kepada semua dron, tanpa mengira saiz atau tahap risiko, termasuk yang terbang di bawah 400 kaki untuk majlis perkahwinan, kegunaan komersial atau tujuan rekreasi.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jetstar

Cara memohon permit dron ini cukup mudah. Ikuti seperti langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.caam.gov.my/
  2. Muat turun borang permohonan di sini dan lengkapkan butiran
  3. Hantar borang permohonan lengkap ke alamat emel ke [email protected]

Yuran permit untuk dron di bawah 20kg ialah RM250, dan permohonan mesti dikemukakan sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal

CAAM menjelaskan bahawa perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan mengurus dengan lebih baik bilangan pengendali dron yang semakin meningkat.

Mereka juga mahu memastikan semua juruterbang mengikut prosedur yang betul untuk mengelakkan kemalangan atau gangguan kepada lalu lintas udara.

Gambar sekadar hiasan.

Image via She Maps

Terbang tanpa permit boleh mengakibatkan anda dikenakan denda atau tindakan undang-undang di bawah undang-undang penerbangan awam Malaysia.

Malah, kegagalan mendaftar dron boleh membawa hukuman sehingga RM50,000 atau penjara tiga tahun. Bagi syarikat, denda boleh mencecah sehingga RM100,000.

Kalau tak nak kena denda mohon cepat ya! ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: