[VIDEO] Pasangan Cina Pilih Adat Melayu Untuk Tema Perkahwinan, Segak & Cantik Bersongket
Sama cantik sama padan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan sudah semestinya akan memilih tema mereka masing-masing untuk hari persandingan
Sekarang ini pelbagai tema perkahwinan kita boleh lihat yang ternyata unik dan indah tidak kira bangsa dan agama.
Kebiasaannya tema perkahwinan akan diikuti dengan adat dan bangsa pasangan pengantin itu sendiri.
Namun, berbeza pula dengan pasangan Cina ini yang memilih tema adat Melayu sebagai majlis perkahwinan mereka.
Keluarga turut memakai pakaian tradisional
Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan pengantin lelaki mengenakan baju Melayu songket lengkap bersama samping dan tanjak. Tak lupa juga keris sebagai aksesori.
Manakala pengantin perempuan pula memakai kebaya tradisional songket berserta selendang berwarna putih krim.
Malah, keluarga pengantin juga dilihat memakai pakaian tradisional berbaju Melayu dan kebaya. Majlis perkahwinan berkenaan turut dilengkapi dengan kompang ketika menyambut pasangan pengantin.
Dalam pada itu, acara merenjis turut sama diadakan pada pasangan pengantin yang di mana dilakukan oleh ahli keluarga mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!