seismik

Keluarga Dipuji Buat 'Checkpoint' Depan Rumah Sedekah Air Kotak Bagi Murid Merentas Desa

Adik-adik mesti dah 'aim' rumah dia kan. Haha.

Cover image via @kokshaf (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sekolah dahulu, kita pasti pernah menyertai acara larian merentas desa bukan?

Merentas desa merupakan salah satu acara wajib dijalankan di sekolah. Ia merupakan acara tahunan di sekolah menengah malah merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua murid.

Tidak dinafikan sudah tentu ia akan membuatkan kita penat dan letih. Sampai kadang kala ada yang 'berhenti' singgah ke kedai semata-mata untuk membeli air.

Namun, lain pula dengan tindakan sebuah keluarga ini yang menjadi 'penaja tetap' setiap kali acara tersebut diadakan.

Sudah tiga tahun beri air kepada murid yang merentas desa

Menerusi perkongsian di TikTok @kokshaf, kelihatan dia sedang menyediakan bekalan air minuman buat murid yang merentas desa.

Difahamkan, setiap tahun murid-murid sekolah akan melalui jalan di depan rumahnya untuk acara tersebut. Malah, menurutnya ini sudah masuk tahun ketiga dia menyediakan air secara percuma buat murid-murid tersebut agar mereka terus bersemangat.

Dapat dilihat juga mereka akan berhenti di depan rumahnya untuk mengambil air yang diberikan buat mereka. Air itu juga turut disediakan kepada guru dan petugas acar tersebut.

"Tahun ke 3 berturut-turut kita bagi air kat anak-anak merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak," tulisnya.

Lihat video di bawah:

@kokshaf Tahun ke3 berturut² kita bagi air kat anak² merentas desa ni. Kali ni sirap kita dah upgrade ke air kotak. Tq to all my frens who contribute!"customer" yang last paling special. Nampaknya rumah kita dah boleh jadi main pit stop setiap tahun! #merentasdesa #merentasdesa2025 #skip #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #thisisperak #peraktengah Santai - The Lantis

Barulah semangat nak sambung berlari kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: