seismik

[VIDEO] Individu Alih Tayar Dekat Highway Terima Pujian - "Dapat Selamatkan Banyak Nyawa"

Semoga dipermudahkan segala urusan abang ni.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes kemalangan membabitkan kenderaan berlaku di jalan raya

Sudah tentu ini amat membimbangkan kita. Malah, puncanya bukan sahaja daripada kenderaan, tetapi objek yang terdapat di jalan raya juga boleh membahayakan nyawa.

Antaranya adalah tayar 'celup' yang berada di atas jalan raya. Akibatnya, pemandu tidak sempat mengelak dan berlakunya kemalangan.

Namun, baru-baru ini tindakan seorang individu meraih pujian selepas dia berjaya mengalihkan sebuah tayar yang terbiar di lebuh raya.

Image via X

Ramai puji kesungguhan individu alihkan tayar

Menerusi perkongsian di laman X, kelihatan rakaman dashcam menunjukkan pada ketika itu pemandu sedang berada di sebuah lebuh raya.

Namun, tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berlari ke arah lebuh raya. Rupa-rupanya, lelaki berkenaan mengalihkan tayar yang berada di lebuh raya tersebut untuk keselamatan pengguna jalan yang lain.

Tindakannya itu mendapat pujian ramai dan berterima kasih kerana telah mengalihkannya. Ada yang berpendapat jika tayar tersebut masih di situ berkemungkinan membahayakan banyak nyawa.

Lihat antara komen-komen netizen di bawah:

Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: