Lelaki Indonesia Dedah Perbezaan Sistem Kabel Elektrik Di Malaysia & Indonesia

Wahhh, baru tahu pasal ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @handy_merantau (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki Indonesia mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi perbezaan ketara antara sistem kabel elektrik yang digunakan di Malaysia dan Indonesia menerusi satu video di TikTok

Menurutnya, Malaysia menggunakan kabel jenis Aerial Bundled Cable (ABC), iaitu empat konduktor aluminium yang dihimpunkan dalam satu ikatan.

Sistem ini menjadikan susunan kabel lebih kemas, teratur dan selamat, selain memudahkan kerja pemasangan di kawasan pengagihan tenaga.

Sebaliknya, Indonesia menggunakan kabel Aluminium Conductor Steel Reinforced (ACSR) yang mempunyai teras keluli di bahagian tengah. Kehadiran teras tersebut menjadikan kabel lebih kuat, tahan lasak dan mampu dipasang dalam keadaan lebih tegang berbanding kabel yang digunakan di Malaysia.

Perkongsian itu turut menjelaskan bahawa kedua-dua sistem mempunyai kelebihan serta kelemahan tersendiri

Bagi kabel ABC, kerosakan akibat litar pintas boleh memberi kesan kepada keseluruhan ikatan kabel kerana semua konduktor berada dalam satu bundle.

Manakala bagi kabel ACSR, kerosakan biasanya lebih mudah diurus kerana setiap kabel dipasang secara berasingan, sekali gus memudahkan proses pembaikan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Walau bagaimanapun, pemilihan sistem kabel bergantung kepada keperluan setiap negara, termasuk faktor geografi, tahap pembangunan infrastruktur serta strategi pengagihan tenaga yang digunakan.

Perbezaan ini memperlihatkan bagaimana Malaysia dan Indonesia memilih pendekatan berbeza dalam membangunkan rangkaian elektrik masing-masing, dengan Malaysia menitikberatkan aspek keselamatan dan kekemasan, manakala Indonesia memberi fokus kepada ketahanan serta kemudahan penyelenggaraan.

Lihat video penuh di bawah:

@handy_merantau

Orang Indonesia wajib tahu ini — kabel listrik Malaysia melengkung karena dililit jadi satu bundle aluminium. Di Indonesia tegang karena ada inti bajanya! Tapi ini yang mengejutkan — kabel Malaysia kalau korsleting harus ganti total semua bundle. Kabel Indonesia yang ada baja-nya justru tidak putus kalau korsleting — yang rusak cuma trafonya! Malaysia pilih rapi, Indonesia pilih tangguh 💪 Yang elektrikal setuju? 👇" #fyp #fypシ #viral #kabellistrik #ABCcable

♬ suara asli – Handy Surakhman – Handy Surakhman

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: