Lelaki Indonesia Kagum Suasana Kampung Malaysia Samakan Keindahan Seperti Di Jepun

Kalau dekat Malaysia cuaca sejuk, tak payah pergi Jepun dah.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi sesetengah orang, suasana kampung mungkin dianggap perkara biasa kerana sudah sebati dengan kehidupan seharian

Namun, pandangan itu berbeza bagi seorang lelaki dari Indonesia yang kagum melihat suasana sebuah kampung di Malaysia yang disifatkannya bersih, kemas, hijau dan menenangkan.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @taufikhidayat69838, lelaki berkenaan menyamakan suasana kampung tersebut dengan Jepun kerana keadaan persekitarannya yang bersih dan teratur.

"Kenapa ya, kalau kita berada di kampung-kampung itu rasanya sejuk, tenang, nyaman. Sekarang aku berada di kampung-kampung negara Malaysia dan seperti yang kalian lihat, beginilah suasananya. Sejuk, bersih, rapi, indah dipandang.

"Aku rasa sudah macam di Jepun. Nampak dia bersih macam di Jepun, cuma bezanya di Jepun ada salji,"
katanya.

Menurutnya, kebersihan kampung berkenaan turut dipengaruhi amalan gotong-royong yang dilakukan penduduk pada setiap hujung minggu

"Kenapa bersih? Sebab orang sini setiap Sabtu Ahad gotong-royong, bersihkan rumput. Orang Melayu bilang cuci mata, jadi enak dipandang," katanya.

Selain kebersihan, dia turut teruja melihat halaman rumah penduduk yang luas sehingga disifatkannya hampir sebesar gelanggang badminton.

"Aku hairan, rumah-rumah sini luas kali halamannya. Sudah macam lapangan badminton. Tapi sesuailah, mungkin sebab itu mereka boleh tanam pokok, tanam bunga," katanya lagi.

Dia berpendapat keadaan tersebut mungkin disebabkan harga tanah di kawasan kampung yang lebih rendah berbanding di bandar, sekali gus membolehkan rumah dibina dengan halaman yang lebih luas.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan berkata kehidupan di kampung lebih nyaman dan tenang kerana penduduk dapat menikmati udara segar serta persekitaran yang lebih hijau berbanding kawasan bandar.

"Menurutku memang tinggal di kampung itu lebih nyaman, tenang dibanding di bandar. Setuju tak kalian kalau di kampung-kampung kalian hirup udara segar, kalau di kota-kota banyak polusi," katanya.

Dia turut memuji masyarakat Malaysia yang disifatkannya berdisiplin dalam memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan tersusun

"Aku lihat orang Malaysia ini memang sangat berdisiplin, sebab itu di mana-mana tempat semuanya tersusun rapi dan bersih.

"Untuk kalian yang ada di rantau-rantau, rindu tak suasana kampung sendiri? Semoga kampung-kampung kita yang indah ini tetap dijaga keindahannya sampai bila-bila,"
katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

https://www.tiktok.com/@taufikhidayat69838/video/7692363599511309589?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: