Lelaki Ini Kayuh Basikal, Jual Nasi Lemak 'Delivery' Di Australia Untuk Tampung Hidup
Kagum kami dibuatnya!
Setiap orang ada pelbagai cara untuk menampung kehidupan. Ada yang bekerja, ada pula yang lebih berminat untuk berniaga.
Kadang-kadang kita terfikir dan berasa seolah-olah semuanya belum cukup. Pendapatan yang ada pun perlu digunakan untuk banyak benda. Tetapi, rezeki itu semuanya datang daripada tuhan, cuma kita perlulah berusaha untuk terus hidup di bumi tuhan ini.
Begitulah yang dilakukan oleh saudara Izzat Roslan atau lebih dikenali sebagai The Izzat Roslan di laman Facebook. Hidup sebagai perantau di luar negara memerlukan beliau untuk terus berusaha.
Saudara Izzat dan isterinya merupakan perantau yang tinggal di Brisbane, Australia. Isterinya pula adalah penuntut PhD dalam bidang perakaunan di University of Queensland, Australia.
Disebabkan tanggungjawab sebagai seorang suami, saudara Izzat ingin sentiasa berada di sisi isterinya. Namun, hidup sebagai perantau di luar negara bukanlah mudah. Sumber pendapatan beliau adalah dengan cara menjual nasi lemak secara delivery di sana.
Menariknya, cara beliau menghantar nasi lemak itu sangatlah tradisional iaitu dengan hanya berbasikal kerana tidak mampu membeli kereta
"Orang tanya saya, apa kerja saya? Saya cakap, inilah kerja saya... Saya hantar nasi lemak dari rumah ke rumah, ada yang dekat dan ada yang jauh macam dalam gambar ni. Dan cara saya hantar nasi lemak ni semua hanyalah dengan basikal sebab tak mampu pun nak beli kereta.
Alhamdulillah, ada seorang isteri yang sangat faham dan tinggi pergantungannya kepada Allah, seorang isteri yang solehah sentiasa beri semangat dan bangga dengan kerja saya walaupun rezeki ni on & off. Ada order, ada lah.."
Sebenarnya, sebelum itu beliau sudah ada kerja yang lebih baik. Namun, disebabkan kemalangan yang menimpa, beliau terpaksa berhenti.
"Sebelum ni memang ada kerja proper tapi disebabkan kemalangan yang menimpa, saya terpaksa berhenti dan sampai sekarang belum fully recover.
Do I regret life?
Do I regret getting married?
Well, absolutely not.
Inilah part and parcel of getting married pada umur yang awal. Your responsibility will increase. Dlu duduk satu rmh 4-5 orang, byr sewa kongsi 4-5 orang. Sekarang ni berdua je. But Alhamdulillah, we started off with the right intention for the sake of Allah, and yes, He did helped us along the way. Rezeki datang pada masanya."
Menurutnya lagi, sungguhpun begitu beliau rasa bahagia kerana mempunyai isteri yang sentiasa ada di sisinya
"I'm a very happy person, who have a very simple life alongside my solehah wife.
But to be honest, as a human being, we do wish for the best of this dunya.
Then, zaujati pesan, takpe, nanti kat syurga nanti kita boleh enjoy macam-macam benda. Kat sana tak payah dah penat-penat hantar nasi lemak.
Well, it's a temporary life after all"
Dalam masa yang sama, saudara Izzat Roslan banyak melibatkan diri dalam aktiviti membina jati diri pelajar-pelajar Melayu di Australia
Beliau sering terlibat dalam program-program yang melibatkan pelajar Melayu di sana. Antara objektifnya adalah membina jati diri dan semangat dalam diri-diri pelajar Melayu. Usaha murni seperti ini memang wajar dicontohi.
Rupa-rupanya beliau juga merupakan seorang vlogger. Topik agama adalah antara topik yang sering dibicarakan di dalam akaun YouTube miliknya.
Follow The Izzat Roslan di:
Facebook: The Izzat Roslan
Twitter: @TheIzzatRoslan
Instagram: @roslanizzat
YouTube: Izzat Roslan
Kami begitu kagum dengan saudara Izzat Roslan. Semoga segalanya mendapat berkat tuhan maha esa. Kami doakan beliau dan isteri akan hidup bahagia till jannah!
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!