Pemuda Lakar Potret Guna Serbuk Teh & Sos Cili. Mufti WP Pun Puji Siap Doakan Temu Jodoh!
Menerusi laman Twitter, @dxnots telah memuat naik foto hasil lakaran wajah beberapa orang public figure menggunakan pelbagai jenis bahan makanan dan minuman.
Sentuhan kreatif seorang pemuda menggunakan bahan makanan dan minuman untuk melakar potret telah menarik perhatian warganet
Menerusi laman Twitter, @dxnots telah memuat naik foto hasil lakaran wajah beberapa orang public figure serta influencer di laman sosial itu menggunakan pelbagai jenis bahan makanan dan minuman seperti kopi, tepung, dan sos cili.
Ternyata pemuda itu membuat lakaran unik tersebut kebanyakannya bersempena dengan hari jadi mereka. Antara lakaran yang telah dibuatnya:
Menariknya, dia juga pernah melakar potret Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, pada hari lahirnya iaitu 16 Januari yang lalu menggunakan serbuk teh
Lakaran serta ucapan pemuda itu kemudiannya dikongsi semula Datuk Seri Zulkifli di laman Twitter rasminya, @drzul_albakri, sambil memujinya.
Bukan itu sahaja, menerusi hasil interaksi mereka, pemuda itu telah meminta Datuk Seri Zulkifli agar mendoakannya segera bertemu jodoh.
“Moga dapat jodoh segera. Solehah, berakhlak mulia,” balas Datuk Seri Zulkifli.
Bukan itu sahaja, pemuda itu turut berkongsikan hasil lakaran lainnya menerusi laman Instagram, @lyneids. Cantiknya!
Hasil tinjauan di laman Twitter pula mendapati rata-rata warganet telah memuji hasil tangan pemuda itu yang benar-benar kreatif dan berbakat. Bahkan ramai juga yang mencadangkan agar dia membuat video 'behind-the-scene' lakaran-lakarannya itu.
Antara komen menarik dari warganet: