seismik

Hanya Kerana Tayar Kereta Dikunci, Lelaki Ini Maki Hamun Penguatkuasa Macam Tak Bersalah

Dah buat salah tak mengaku salah. Orang lain juga yang kena marah. Apa kes?

Cover image via Facebook Friends Of PDRM

[TERKINI] 3 penguatkuasa dapat insentif RM200 tetapi difitnah diberi rasuah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama tiga penguatkuasa yang terlibat dalam insiden tempoh hari

Image via Facebook Buletinmutiara

Tiga orang penguatkuasa wanita yang terlibat dalam insiden perbalahan dengan dua orang lelaki hanya kerana mengunci tayar kenderaan mereka tempoh hari diberi insentif RM200 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas kesabaran dan kecekalan yang ditunjukkan mereka dalam menangani kes berkenaan.

facebook.com

Walau bagaimanapun, tersebar satu khabar angin di laman sosial mengatakan wang RM200 itu diberi bertujuan untuk menarik balik laporan polis yang dibuat mereka, disebabkan tidak mahu mencalarkan imej kaum Cina

Khabar angin ini telah tersebar secara meluas di laman sosial.

Image via Twitter @cmlimguaneng

Namun begitu, dakwaan tersebut jelas tidak benar. Dua lelaki berkenaan ditahan pihak polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim, Ayer Itam

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, kedua-dua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan dan denda RM1,000.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua suspek ini dan melengkapkan siasatan sebelum merujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,"katanya.

sinarharian.com.my

Syabas @PDRMsia ! Tindakan yang dinanti..Supaya jadi pengajaran kepada orang ramai. Jangan suka suka menghina dan jatuhkan maruah pihak berkuasa.. "GEORGETOWN Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata Dua remaja yang terlibat dengan kejadian memaki hamun tiga anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ditahan polis di sebuah kedai makanan segera di Bandar Baru Farlim Ayer Itam kira-kira jam 4 tadi kedua-dua remaja berusia 19 dan 25 ditahan"

Posted by Friends Of PDRM on Friday, October 9, 2015

9 Oktober 2015: Gelar penguatkuasa "anjing", dua lelaki amuk ini bakal dikenakan tindakan

SIDANG AKHBAR

Merujuk kepada video viral di dalam laman sosial “Penang Kini” serta rujukan nombor repot polis: CENTRAL/004489/15

INSIDEN:

Kes kapit roda kenderaan yang pakir di atas gegili pejalan kaki (pavement) di Lebuh Campbell pada 07.10.2015 (Rabu) kira-kira pukul 11.00 pagi. Tiga Anggota Penguatkuasa MBPP yang bertugas di kawasan tersebut pada waktu itu telah mengapit sebuah kenderaan atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang dilarang.Semasa pemilik kenderaan tersebut bersama rakanya datang untuk mengambil kenderaan tersebut telah berlaku pertengkaran.

facebook.com

Anggota penguatkuasa telah menerangkan sebab kenderaan tersebut dikapit dan bayaran kompaun (PTK) yang perlu dibayar untuk membuka kapit tersebut. Pemilik Kenderaan tersebut tidak berpuas hati dan telah membaling wang kompaun (PTK) ke arah anggota penguatkuasa. Manakala, semasa anggota penguatkuasa tersebut membuka kapit roda kenderaan, pemilik kenderaan itu bersama rakanya telah memaki dan telah membuat ugutan dengan mengatakan “U anjing, jaga-jaga kalau kami jumpa” kepada ketiga-tiga anggota yang sedang bertugas tersebut semasa meninggalkan tempat itu. Oleh itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Patani atas tujuan keselamatan ketiga-tiga anggota penguatkuasa.

facebook.com

Kami selaku Ahli Majlis MBPP ingin merakamkan rasa kesal terhadap insiden tersebut di mana kelakuan dua lelaki yang tidak bersopan dan mencerca anggota penguatkuasa dengan membaling wang kompaun ke lantai serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota-anggota wanita tersebut. Kami mengadakan sidang akhbar ini, kerana insiden ini dipandang serius dan tidak sewajarnya berlaku. Kami percaya pihak polis akan menyiasat pekara ini dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih

Ahli Majlis MBPP

facebook.com

8 Oktober 2015: Satu video menunjukkan dua orang lelaki terjerit-jerit hanya kerana pihak penguatkuasa mengunci tayar kereta telah menjadi viral di Facebook sejak semalam

Image via imgur.com

Dua orang lelaki itu tidak berpuas hati kerana tayar kereta Myvi yang dipandu mereka dikunci oleh pihak penguatkuasa. Jika diperhatikan, mereka meletakkan kenderaan tersebut di tempat yang dilarang untuk parking.

Tetapi walaupun sudah terang lagi bersuluh dia melanggar undang-undang, lelaki berkenaan melayan pihak penguatkuasa dengan biadab sekali sehingga menjerit-jerit meminta mereka untuk membuka kunci tersebut, sambil mendakwa mereka mambu membayarnya.

Berikut adalah antara dialog yang boleh kita dengar melalui video tersebut:

1. "Wa mau lu orang bukak, wa kasi duit. Wa bukan takda duit! Lu sekarang bukak wa kasi."

2. "Wa tara takut sama lu maa!"

3. Dan selepas pihak penguatkuasa tidak melayan permintaan mereka, mereka akhirnya membuat keputusan untuk bayar tetapi dengan cara yang sangat kurang ajar

Kurang ajar kan?

Image via Facebook Friends Of PDRM

Saksikan video penuh berdurasi 2 minit 4 saat di bawah:

Video pemilik Myvi terjerit-jerit tidak puas hati apabila penguatkuasa kunci tayar keretanya."Lu bukak saya bagi duit" katanya.. Dalam video juga jelas lelaki tu campak duit pada penguatkuasa yang menjalankan tugas. Kenapa perlu bertindak kurang ajar macam tu? Kejadian berlaku di Pulau PinangLagi Video Like -- Friends Of PDRM

Posted by Friends Of PDRM on Wednesday, October 7, 2015

Netizens di laman sosial cukup tidak senang dengan sikap biadap yang ditunjukkan dua lelaki terbabit. Tabiat sebegini sememangnya tidak boleh diterima dan amat memalukan.

Namun begitu, masih ada yang bertindak bodoh dengan menyemarakkan isu perkauman walaupun tak ada kena mengena langsung dengan situasi. Tak ada kerja lain ke wahai rakyat Malaysia yang bijaksana?

Akhir sekali, tindakan memaki hamun pihak penguatkuasa langsung tak beri apa-apa faedah. Maki lah macam mana pun, bayar tetap bayar. Betul tak?

Pujian seharusnya diberikan kepada 'akak' berbaju uniform ini. Dia hanya tenang dan tersenyum saja sepanjang melayan karenah dua lelaki ini. Syabas kami ucapkan :)

Relaks je akak boleh senyum lagi.

Image via Facebook Friends Of PDRM

Servis yang diberi oleh Firdaus dari @MaxisListens ini juga sangat win!

You may be interested in: