seismik

Lelaki Ini Prank Letak 'Patung Harimau' Pada Haiwan, Tapi Beruk Paling Terkejut Tengok

Nak kesian tapi kelakar pula rasa.

Cover image via @RickyCassim (Twitter)

Harimau merupakan spesies haiwan paling terbesar di kalangan jenis 'kucing besar' di dunia

Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki oleh harimau adalah corak belangnya yang menegak.

Malah, kegagahannya ini membuatkan harimau adalah antara haiwan yang paling digeruni, bukan saja manusia tetapi haiwan lain juga.

Ianya telah dibuktikan apabila tular satu video prank di YouTube di mana beberapa individu cuba menggunakan patung harimau yang bersaiz besar untuk menakutkan haiwan lain.

Cuba membuat eksperimen kepada semua anjing di jalanan

Menerusi video yang di muat naik di YouTube, terlihat beberapa individu cuba menghampiri haiwan terbiar iaitu anjing dengan meletakkan patung berkenaan perlahan-lahan ketika ia sedang tidur.

Apabila anjing-anjing itu bangun dan menoleh melihat patung tersebut, ianya terus merasa terkejut dan berlari seperti berasa terancam.

Kebanyakan haiwan tersebut terus berlari setelah melihat patung harimau itu. Jelas di sini rupa harimau saja boleh membuatkan semua takut.

Lihat video penuh prank ini di bawah:

Selain anjing, beruk juga turut melompat bila melihat

Tidak hanya eksperimen kepada anjing, tetapi haiwan lain seperti beruk juga turut menjadi mangsa prank tersebut.

Video berkenaan telah di muat naik oleh seorang pengguna di laman Twitter yang menunjukkan seekor beruk cuba menghampiri sesuatu yang ditutupi dengan kain.

Namun, setelah menghampirinya seorang lelaki terus membuka kain tersebut menyebabkan beruk itu melompat terkejut.

Apa yang lebih melucukan ialah apabila melihat reaksi beruk tersebut yang melompat begitu tinggi bila mengetahui itu adalah harimau sebelum melarikan diri.

Lihat video penuh ini di bawah:

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen terhibur melihat reaksi terkejut beruk itu

Siapa je tak terkejut bila tengok tiba-tiba harimau muncul depan mata.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: