seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Sanggup 'Travel' Jauh Setiap Hari Melalui Jalan Usang Demi Sesuap Nasi

Hargailah kemudahan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada kita semua.

Cover image via Better Nation / Youtube

Artikel ini ditaja oleh Better Nation.

Masihkah anda ingat saat ibu bapa anda perlu melalui jalan yang berliku, bahaya serta sangat jauh ke bandar demi mencari rezeki untuk menyara keluarga?

Liku-liku hidup yang dilalui oleh orang tua kita sesungguhnya begitu susah. Namun, perkara itu tidak menghalang mereka untuk terus bekerja demi menyara keluarga di rumah. Walaupun mereka terpaksa melalui jalan yang tidak elok, bahaya dan jauh untuk ke bandar kerana masih tidak mempunyai lebuh raya.

Seperti mesej disebalik klip video ini yang menceritakan seorang lelaki yang sanggup berjalan jauh membawa kereta terpaksa menggunakan jalan yang begitu usang dan bahaya setiap hari.

Beliau terpaksa bekerja untuk membawa bekalan keperluan kepada orang-orang di kampung serta meringankan beban mereka, tidak perlu menggembara sehingga ke bandar bagi mendapatkan keperluan tersebut.

Jadi, sebagai seorang masyarakat yang bertanggungjawab, kita rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan adanya keperluan dan kemudahan yang telah diberikan tanpa perlu bersusah-payah melalui jalan kampung yang begitu usang untuk ke bandar.

Oleh itu, kerajaan telah mengusahakan satu lagi projek untuk meringankan beban penduduk Sabah dan Sarawak dengan adanya Lebuhraya Pan Borneo

Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Secara keseluruhan, pembinaan Pan Borneo ini merangkumi beberapa fasa antaranya dari Sindumin-Tuaran, Ranau-Lahad Datu-Tawau, Tawau-Kimanis-Kota Kinabalu dan Tamparuli-Ranau membabitkan kerja menaik taraf kepada empat lorong dua hala.

Kerajaan Pusat turut bersetuju membina jalan pesisir pantai bermula dari Tuaran sehingga ke Kudat.

Image via postimg.cc

Projek lebuh raya tanpa tol dengan jarak 2,294 kilometer tersebut bernilai kira-kira RM29 bilion yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2016 dijangka akan siap menjelang tahun 2023.

Projek ini bertujuan untuk menghubungkan Sabah dengan Sarawak dan Brunei serta Kalimantan dalam lingkaran lebuhraya yang terbesar di kawasan itu.

Ini merupakan 6 faktor utama lebuh raya Pan Borneo ini dibina oleh kerajaan yang anda perlu tahu:

1. Perjalanan lebih selesa dan selamat untuk melintasi negeri serta menghubungkan 6.6 juta penduduk

2. Mengurangkan kos pengangkutan

3. Menggalakkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi untuk kawasan-kawasan yang dihubungkan

Image via Better Nation

4. Mewujudkan lebih 400,000 pekerjaan untuk penduduk di Sabah dan Sarawak

Image via Berita Harian

5. Jaminan penyertaan kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak melalui Program Penyertaan Bumiputera

6. Memudahkan akses ke koridor ekonomi minyak dan gas

Image via Daily Sabah

Terima kasih, kerajaan Malaysia!

Jika anda ingin mengetahui lebih tentang insentif yang telah diberikan oleh kerajaan, layari laman Better Nation dan ketahui lebih mendalam tentang usaha kerajaan dalam membina dan membangunkan negara Malaysia

Better Nation, Membina Kehidupan Bermakna:

Laman web rasmi | Facebook | Instagram | Twitter | YouTube

Ingin tahu keputusan terkini #PRU14? Ikuti laman ge14.says.com dan dapatkan keputusan secara langsung bagi semua kerusi secara pantas dan tepat!

Image via SAYSGE14

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih perkongsian menarik hanya di SEISMIK: